Tips Family

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Sharing is caring!

Tanggungjawab memberikan nafkah terletak di atas bahu suami kerana mereka merupakan ketua keluarga. Malah, tuntutan menyediakan tempat tinggal dan keperluan asas kehidupan adalah wajib. Walau bagaimanapun, perkara ini sering dilepas pandang oleh pihak lelaki sehingga boleh menyebabkan kebajikan isteri dan anak-anak terabai. Hanya kerana isteri sama-sama bekerja untuk mengukuhkan ekonomi keluarga, faktor itu seakan-akan membuatkan suami culas tentang hak pemberian nafkah.

BACA: Biar Isteri Pegang Kad ATM, Wahai Suami Jangan Nak Berkira Beri Nafkah Keluarga

Lelaki kurang ambil tahu tanggungjawab beri nafkah

Menerusi entri di Facebook, Fahmi Ramli berkongsi hakikat sebenar kebanyakan masalah perpisahan antara suami dan isteri berpunca daripada kekurangan kesedaran lelaki memberikan nafkah. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak akan berlaku jika ketua sesebuah keluarga itu mengetahui tanggungjawab mereka. Buat isteri yang bekerja pula, tidak bermakna duit gaji mereka boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan isi rumah kecuali dengan budi bicara.

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah
Gambar sekadar hiasan

Suami pandai buat hutang tapi isteri yang tanggung

Walau bagaimanapun, pengurusan rumah tangga boleh goyah jika seseorang lelaki itu mempunyai masalah kekurangan ilmu tentang kewangan. Di samping itu, punca pertelingkahan sering berlaku kerana suami pandai membuat hutang yang tinggi tetapi akhirnya isteri terpaksa menanggung bebanan tersebut.

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah
Gambar sekadar hiasan

Jika suami lalai…Isteri boleh tuntut di mahkamah

Menurut Tuan Fahmi Ramli, banyak perkara buruk yang akan berlaku jika suami lalai dalam memberikan nafkah lebih-lebih lagi jika mereka tidak bekerja. Oleh itu, isteri juga berhak untuk membuat tuntutan nafkah diri ke mahkamah demi keperluan kehidupan dan anak-anak.

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah

Cabaran Selepas Kahwin, Kurang Beri Nafkah Penyebab Utama Suami Isteri Berpisah
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Fahmi Ramli

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!