Caj Harga Mahal Tapi Dapat Tayar Lama, Lelaki Ini Nyaris ‘Dikencing’ Taukey!

Penipuan bayaran setelah menggunakan servis kenderaan bukan lagi hal baru di kalangan kita semua. Perkara ini sering terjadi dek kerana ramai antara kita yang kurang peka dengan informasi tentang servis kenderaan. Baru-baru ini di Twitter, lelaki dikenali sebagai Zakuan Zaidi juga telah mendedahkan bahawa dia hampir ditipu ketika mahu membayar kos menukar tayar keretanya. Perkongsian itu sudah memperoleh hampir 7000 retweets.

Baca : Baru Nak Beli & Baca Al-Quran, Gadis Mualaf Ini Ditipu Penjual Scammer!

Menurut Zakuan, pemilik bengkel tersebut cuba mengenakan bayaran yang mahal walhal tayar tersebut adalah tayar lama.

Bila dah kantoi, baru sengih-sengih nak bagi tayar RM100

Mujur saja dia tahu bagaimanakah cara untuk mengenalpasti tahun keluaran tayar sekaligus melepaskan dirinya daripada tertipu. Oleh itu, Zakuan sempat berkongsikan panduan untuk memeriksa tahun keluaran tayar. Senang je rupanya nak check.

Tempoh penggunaan tayar adalah 5 tahun dari tarikh keluaran

Minggu ke 50 tahun 2018…

Kalau tukar tayar baru, pastikan tahun keluaran adalah tahun terkini

Sumber : Twitter Zakuan Zaidi

Apa Komen Anda?