Penangan wabak Covid-19 telah membawa peralihan baru terhadap kehidupan seharian masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Dengan berbekalkan teknologi yang serba canggih, kita disarankan untuk bekerja dari rumah atau study online sebagai usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik tersebut. Namun di sebalik penerapan norma baharu itu, siapa sangka boleh terjadi bermacam-macam perkara atau rezeki tak terjangka.
BACA: Guna Skrin Hijau Waktu Kelas Online, Usaha Guru Kimia Ini Dapat Perhatian Ramai
Macam mana nak fokus dalam kelas…kalau ada orang macam ni wujud
Dalam video TikTok yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini, pengguna akaun @kimbapptrash berkongsi moment sewaktu fokus menyertai sesi kelas atas talian di kediamannya. Tak semena-mena, dia perasan ada kelibat seorang gadis yang begitu menawan di komputer ribanya. Pemuda berkenaan malah luahkan kebimbangan mungkin akan jatuh hati pada online crush tersebut.
@kimbapptrash oh shit, i might fail this semester😭🤭 pls dont tell her #odl #onlineclass #zoom #malaysia #classmates #cute #covid19 #cantfocus #🇲🇾🇲🇾🇲🇾 #china
Rupanya gadis dari Rusia…siap buat video reaksi balas di TikTok juga
Selang beberapa hari kemudian, asal-usul gadis tersebut akhirnya diketahui. Dipendekkan cerita, rupa-rupanya dia berasal dari Rusia dan sudah menonton video TikTok viral berkenaan. Gadis berkulit putih mulus itu juga telah membuat rakaman khas semata-mata untuk membalas reaksi pemuda tersebut.
@christosikk
Muka ada iras-iras Ameera Khan…bukan setakat study, tak boleh tidur kalau ada classmate cantik ni
Selain hampir 200 ribu views, pemuda berkenaan menjelaskan bahawa mereka sedang menyambung degree di sebuah universiti di Beijing, China. Selain memuji kecantikan wajah gadis tersebut, mereka turut berseloroh sukar fokus jika berada dalam situasi sama.
Sumber: TikTok kimbapptrash & christosikk
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura