Hiburan

“Cantiknya Senyum..” – 2 Kali Gugur, Fasha Akhirnya Selamat Lahirkan ‘Baby A’

“Cantiknya Senyum..” – 2 Kali Gugur, Fasha Akhirnya Selamat Lahirkan ‘Baby A’

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon terkenal Fasha Sandha, pasti tahu yang dia pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali beberapa tahun lalu. Meskipun pengalaman tersebut agak perit untuk ditelan, namun aktres jelita berusia 35 tahun ini cukup teruja apabila disahkan telah melahirkan anak ketiganya pada hari Jumaat yang mulia ini.

BACA: “Macam Baby Girl” -Fasha Sandha Tak Sangka Dapat Kejutan Baby Shower Special

Selamat lahirkan ‘baby A’…Aidil umum bakal cuti sebulan demi menjaga anak isteri sepanjang tempoh berpantang

Sekitar tengahari tadi, Aidil Aziz telah berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, pelakon drama ‘Pujaan Hati Kanda’ berkenaan telah memuat naik sekeping foto yang mempamerkan sedikit wajah kejutan bayi perempuan mereka yang diberi nama timangan ‘Baby A‘. Selain berterima kasih atas doa daripada semua pihak untuk cahaya mata pertamanya bersama isteri tercinta, Aidil turut menyatakan bahawa dia bakal cuti selama sebulan demi menjaga bayi dan Fasha Sandha semasa berpantang.

Baby A‘ comel sangat macam ibunya…selamat berpantang & semoga jadi anak solehah besar nanti

Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, para peminat serta rakan artis tak putus-putus memberikan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata yang sangat istimewa tersebut. Selain berharap agar si cilik berkenaan mampu jadi anak yang solehah kelak, mereka turut memuji kecomelan ‘Baby A’ yang diwarisi daripada kejelitaan Fasha Sandha.


“Cantiknya Senyum..” – 2 Kali Gugur, Fasha Akhirnya Selamat Lahirkan ‘Baby A’

“Cantiknya Senyum..” – 2 Kali Gugur, Fasha Akhirnya Selamat Lahirkan ‘Baby A’


“Cantiknya Senyum..” – 2 Kali Gugur, Fasha Akhirnya Selamat Lahirkan ‘Baby A’

“Cantiknya Senyum..” – 2 Kali Gugur, Fasha Akhirnya Selamat Lahirkan ‘Baby A’


Sumber: IG itsaidilaziz

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Cantiknya Senyum..” – 2 Kali Gugur, Fasha Akhirnya Selamat Lahirkan ‘Baby A’

Facebook

Telegram