Cegah Insiden Jalan Raya, Usaha Tangkap Lembu & Kambing Merayau Disokong Ramai!

Hampir setiap minggu, masyarakat kita dipaparkan dengan berita nahas jalan raya yang membabitkan haiwan ternakan. Realitinya, isu lembu, kambing, kerbau atau haiwan lain yang berkeliaran atas jalan raya terutama di kawasan luar bandar bukanlah isu baharu. Walhal ianya sudah boleh dikira agak basi namun masih tiada apa-apa perubahan drastik yang berlaku. Impaknya, ramai yang tergadai nyawa samada kerana merempuh mereka atau sewaktu ingin mengelak daripada mereka.

BACA: Lelaki ZaIimi Monyet Gara-Gara Baby Sayang Akhirnya Berjaya Ditangkap!

Ops bersepadu haiwan merayau…daerah Marang

Ekoran trend yang agak merisaukan itu, satu inisiatif telah digerakkan oleh Majlis Daerah Marang (MDM) untuk menangkap semua haiwan ternakan yang berkeliaran di daerah tersebut. Malah difahamkan sebanyak 53 ekor lembu dan kambing telah ditangkap oleh MDM dari awal tahun hinggalah ke hari ini.

Mahu beri kesedaran kepada para penternak…jangan lepas tangan

Ujar Setiausaha MDM kepada Harian Metro baru-baru ini, tujuan penangkapan berikut adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan penternak agar tidak membiarkan haiwan mereka mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Sepanjang tempoh terbabit, Ops bersepadu haiwan merayau turut dilakukan pada waktu malam selain waktu tempoh bekerja.


Penternak boleh didenda RM200-RM500 bergantung tempoh penahanan

Berkenaan denda pula, setiap pemilik boleh dikenakan kompaun antara RM200 – RM500 seekor bergantung pada tempoh tahanan. Selain itu  ternakan yang tidak dituntut dalam tempoh 7 hari pula bakal dilelong berpandukan harga yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Memang terbaik tindakan ni…tahinya pun ganggu kesihatan penduduk

Dalam pada itu, usaha yang proaktif ini nampaknya telah mendapat sokongan netizen di portal berita berkenaan. Selain meluahkan rasa kesal terhadap sikap acuh tak acuh para penternak, rata-rata mereka turut terkilan dengan bilangan insiden yang telah meragut banyak nyawa apabila haiwan ini dibiarkan bergerak tanpa sebarang pemantauan.

Sumber: FB Majlis Daerah Marang & Harian Metro

Apa Komen Anda?