“Cemana Kita Nyanyi Tadi?”-Misha Omar Masih Teruja Bersama DS Siti

Dalam pertandingan realiti TV Big Stage 2019 yang ditayangkan baru-baru ini, penyanyi Misha Omar telah dijemput sebagai juri jemputan dan bergandingan bersama juri tetap iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan juga Cakra Khan. Kedua-dua wanita ini merupakan penyanyi yang sangat hebat dan sering bertanding bersama-sama dalam rancangan pertandingan suatu ketika dahulu.ย 

BACA: [VIDEO]Aku Dapat Complain Stage Berat Sebelah- Alif Kekal Hero Backup Sherry

Kak Mitch Melompat Rangkul Diaย 

Misha Omar sempat berkongsi keterujaannya bekerja bersama dengan Dato’ Sri Siti dalam rancangan tersebut melalui laman Instagram rasmi dirinya. Dia mengimbas kembali kenangan merangkul penyanyi wanita nombor 1 di Malaysia itu saat diumumkan sebagai pemenang untuk Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta.ย 

View this post on Instagram

Probably one of the best night for 2019?? Why? Because this lady next to me used to be my "juri jemputan" every show that i got to perform with her.. Setiap kali ada peluang show sama-sama, walaupun tak nyanyi sama-sama, during rehearsal or soundcheck ,i will definitely ask her "kakak, cemana kita nyanyi tadi?"..sampai skrg kak mitch masih ingat, bila Bunga-Bunga Cinta menang Anugerah Juara Lagu,..kak mitch melompat peluk dia, terperanjat,terharu sebab masa tu beliau byk bagi semangat,padahal dia bertanding juga!!!๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š kalau tak kak siti @ctdk , "juri jemputan" yg kita akan serbu otai2 yg selalu show sama2la..kak @iamzianazain , kak @lizahanim79 kak @ellaaminuddins . abg @aku.amysearch pun kak mitch tebalkan muka tanya pendapat tanya ilmu dgn harapan utk maju dlm industri…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Adik-adik finalis @bigstageofficial sangat bertuah diperhatikan ,diberikan ilmu saban minggu untuk improve dan diberikan semangat utk terus berjuang dlm pertandingan..skrg semuanya terletak di tangan anda bagaimana membawa diri dengan bijaksana dalam arus perdana..kita sama-sama doakan mereka ok?…โค๐Ÿ’–๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’›๐Ÿ’œ . Gambar dari ig story @ctdk menggunakan vivo v17 @vivo_malaysia

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on

Padahal dia pun bertanding jugakย 

Dato’ Sri Siti juga sempat menenangkannya dan memberi semangat ketika dia bergelar juara walaupun mereka sama-sama bertanding di rancangan yang sama. Misha menyifatkan figura itu bersama penyanyi hebat yang lain banyak membantunya dengan memberi pendapat serta pandangan sepanjang berkecimpung dalam industri muzik.ย 

Kami sayang anda berduaย 

Peminat kedua-dua penyanyi wanita itu dilihat merindui gandingan mereka berdua. Ramai yang mengimbas kembali detik keduanya pernah membuat penampilan bersama suatu ketika dahulu. Mereka juga dipuji sebagai penyanyi yang sangat merendah diri walaupun sudah popular.ย 

Teringat Kak Mitch passing mic dekat Dato’ Siti

Rindu nak tengok dua-dua nyanyi bersama

Sumber: Instagram Misha Omarย 

Apa Komen Anda?