Viral

Cemas Kidnap Anak Depan Mata, Ibu Bergelut Sampai Naik Meja Tak Nak Lepaskan

Cemas Kidnap Anak Depan Mata, Ibu Bergelut Sampai Naik Meja Tak Nak Lepaskan

Sharing is caring!

Kejadian jenayah melibatkan kanak-kanak sememangnya antara isu yang kerap berlaku di seluruh dunia. Memandangkan sifat mereka yang masih naif serta belum ada kekuatan untuk berdepan situasi yang mencemaskan, maka golongan ini selalu jadi sasaran orang jahat. Tak dinafikan perasaan takut dan bimbang mesti membayangi setiap ibu bapa kerana taktik licik sebegini boleh berlaku tanpa mengira tempat atau pun masa.

BACA: [VIDEO] Mak Gabra Cari Anak Hilang, Rupanya Lari Rumah Cintanya Tak Direstui


Budak 4 tahun nyaris dilarikan di kedai pizza…suspek lelaki lompat masuk ikut pagar premis

 Menerusi satu rakaman yang tular di Twitter baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun hampir saja dilarikan depan mata ibunya walaupun ketika itu mereka sedang makan di sebuah restoran pizza. Dalam kejadian yang berlaku di Johannesburg, Florida pada Jumaat lalu, penjenayah lelaki yang memakai baju biru tersebut tiba-tiba saja dilihat lompat masuk ke premis tersebut lantas memegang leher budak malang tersebut.

Cemas Kidnap Anak Depan Mata, Ibu Bergelut Sampai Naik Meja Tak Nak Lepaskan

Cemas Kidnap Anak Depan Mata, Ibu Bergelut Sampai Naik Meja Tak Nak Lepaskan

Wanita bergelut pertahankan anak sampai naik meja…akhirnya suspek ditangkap hasil bantuan para pelanggan yang lain

Gara-gara insiden yang mencemaskan itu, si ibu terus mencapaikan tangannya ke arah budak perempuan tersebut hinggakan seluruh badannya naik ke atas meja makan. Tak cukup dengan itu, tindakan pantas seorang lelaki dan beberapa pelanggan prihatin di sana telah berjaya menumbangkan suspek sekali gus mematahkan niat jahatnya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.


Cemas Kidnap Anak Depan Mata, Ibu Bergelut Sampai Naik Meja Tak Nak Lepaskan

Cemas Kidnap Anak Depan Mata, Ibu Bergelut Sampai Naik Meja Tak Nak Lepaskan

Sumber: Twitter GavinCarter83


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini