Hiburan

Cemas Bila Kena Prank Dengan Hazama, Apex Kekalkan Prinsip Tak Sentuh Wanita

Cemas Bila Kena Prank Dengan Hazama, Apex Kekalkan Prinsip Tak Sentuh Wanita

Sharing is caring!

Semalam rancangan Mentor Millenia 2019 telah pun masuk minggu kelapan dan hanya selangkah sebelum menuju ke peringkat separuh akhir. Bertemakan ‘Gempak’,  masing-masing berentap dengan persembahan yang cukup unik sekali. Meskipun  agak sengit namun protege bagi Mentor Hazama, Apex Tajudin berjaya meraih kembali kemenangan sebagai juara mingguan buat kali ketiga. Namun, apa yang menarik perhatian semalam adalah scene di mana penyanyi berkenaan berpakat untuk mengenakan isteri kepada peserta itu.

BACA: [VIDEO] Menangis Isteri Dia- Ada Bakat Unik, Apex Digelar Penyeri Mentor 2019

Cemas Bila Kena Prank Dengan Hazama, Apex Kekalkan Prinsip Tak Sentuh Wanita

Hazama sempat kenakan Apex dan isteri

Apex yang sudah berumah tangga sebelum menyertai pertandingan tersebut dilihat cuak apabila mentornya sempat mengenakan prank terrhadap si isteri. Hazama telah meminta izin isteri peserta itu untuk beraksi dengan pemuzik wanita di atas pentas dan mungkin akan berlaku sedikit persentuhan. Walau bagaimanapun, wanita itu dilihat sangat tenang menjawab usikan berkenaan. Bahkan, si suami pula yang kelihatan lebih cemas dengan segera menjelaskan bahawa semua itu hanyalah gurauan. 


Kekalkan prinsip tidak menyentuh wanita lain

Usikan tersebut tidak terhenti di situ apabila hos program berkenaan memanggil si isteri untuk memberi komen tentang perkara itu. Wanita tersebut mengatakan memang sudah menjadi prinsip buat suaminya untuk tidak bersentuhan dengan wanita lain selain isteri.

Cemas Bila Kena Prank Dengan Hazama, Apex Kekalkan Prinsip Tak Sentuh Wanita

Sampai berpeluh Apex diusik secara langsung

Tidak cukup dengan itu, dia terus diusik pula oleh Datuk Syafinaz Selamat. Juri tetap tersebut bangun untuk bersalaman dengan wanita berkenaan sebagai tanda tahniah memandangkan suaminya membuat persembahan terbaik. Namun begitu, dia tenang menerima gurauan tersebut sebelum kembali semula ke pentas utama.


Cemas Bila Kena Prank Dengan Hazama, Apex Kekalkan Prinsip Tak Sentuh Wanita

Cemas Bila Kena Prank Dengan Hazama, Apex Kekalkan Prinsip Tak Sentuh Wanita

Cemas Bila Kena Prank Dengan Hazama, Apex Kekalkan Prinsip Tak Sentuh Wanita

Sumber: Youtube TV3 Malaysia Official & TV9 Malaysia Official 

 

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!