Family Hiburan

Cermin Kereta Retak Gara-Gara Mercun Bola, Anak Pasrah Ganti Pakai Duit Raya

Cermin Kereta Retak Gara-Gara Mercun Bola, Anak Pasrah Ganti Pakai Duit Raya

Umum mengetahui raya takkan meriah tanpa bunyi mercun, sama ada perayaan Islam mahupun bangsa lain. Walaupun hanya ingin memeriahkan suasana, namun ‘hiburan’ ini juga perlu dipantau agar tidak memudaratkan orang sekeliling. Bukan sekadar bau asap meluas, malah ia juga mampu merosakkan harta benda.


BACA: Gigih Bantu Anak OKU Masuk Kereta Tiap Hari, Alasan Rakan Pula Bikin Ibu Sebak

Satu keluarga panik cermin kereta bapa retak gara-gara kecuaian anak

Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa seorang bapa selepas cermin keretanya retak gara-gara terkena mercun bola. Menerusi perkongsian @honey_hussein di laman TikTok, kelihatan beberapa orang lelaki yang gigih melekatkan ia kembali dengan menggunakan pita pelekat. Difahamkan, perkara itu dibuat bagi mengelakkannya daripada mudah terlerai.

Cermin Kereta Retak Gara-Gara Mercun Bola, Anak Pasrah Ganti Pakai Duit Raya

Bapa hanya mampu ketawa lihat karenah anak-anak

Berdasarkan sorotan tersebut, si bapa juga turut berada di samping anaknya. Disangka ingin marah, namun siapa sangka dia hanya menunjukkan reaksi terhibur sambil tersenyum melihat keadaan kenderaannya. Malah, kapsyen pada perkongsian itu juga turut berseloroh menyatakan jejaka berkenaan terpaksa membayar ganti rugi menggunakan simpanan duit rayanya.


@honey_hussein

Akibat serpihan mercun bola…bayo guna wet raye…huhuhu#mercunboladegil. @miyulz7 @amerzzzzzzz @aikalllllll

♬ 갸루 짱 예쁘다 GAL Kor ver by 판시 – *⸜ PANXI ⸝*

Nak marah tapi hari ni hari raya…bapa dia senyum cool je, mungkin dah biasa perangai anak sejak kecil

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut ikut ‘seriau’ melihat impaknya yang mampu merosakkan cermin kenderaan itu. Pada masa sama, mereka juga turut teruja melihat reaksi si ayah yang hanya mampu tersenyum tanpa sedikitpun perasaan marah.


Cermin Kereta Retak Gara-Gara Mercun Bola, Anak Pasrah Ganti Pakai Duit Raya

Cermin Kereta Retak Gara-Gara Mercun Bola, Anak Pasrah Ganti Pakai Duit Raya

Cermin Kereta Retak Gara-Gara Mercun Bola, Anak Pasrah Ganti Pakai Duit Raya

Cermin Kereta Retak Gara-Gara Mercun Bola, Anak Pasrah Ganti Pakai Duit Raya

Kredit: TikTok honey_hussein

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Cermin Kereta Retak Gara-Gara Mercun Bola, Anak Pasrah Ganti Pakai Duit Raya

Facebook

Telegram