Cermin Pecah Kena Batu & Body Kereta Calar, Adab Budak Beraya Makin Melampau!

Setiap kali menjelang Syawal, isu tentang adab kanak-kanak sering saja menjadi bualan hangat di media sosial. Kadangkala, perkara ini berterusan dek kerana sikap ibu bapa yang tidak bertegas dengan sikap anak mereka. Baru-baru ini, seorang lelaki menjadi bengang apabila cermin keretanya pecah selepas menerima tetamu bertandang ke rumahnya. Kejadian tersebut telah dikongsikan menerusi Twitternya sendiri dan telah mendapat sekitar 8.7k retweets! 

Baca : Gaji Besar, Duit Raya Banyak Ni Je? Makcik Luah Kecewa Anak Buah Tak Ikhlas

Inilah sebab aku tak suka budak ramai…

Saya hilang mood beraya dan rasa geram…

Dek kerana garaj rumahnya dipenuhi dengan kereta adik-beradik lain, Fairus terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan luar. Namun siapa sangka keretanya boleh terkena balingan batu tersebut.

Cermin pecah pada hari raya kedua…

Walaupun rasa terkilan, Fairus enggan menuduh sesiapa kerana tidak menyaksikan sendiri kejadian itu depan matanya.

Sehingga kini, tiada siapa mengaku salah dan mohon maaf

Kereta itu baru setahun digunakan…

Sementara itu dalam kejadian yang serupa, seorang lagi lelaki bernama Aliff Aiqal juga sempat meluahkan kesal apabila keretanya dicalarkan dengan teruk oleh kanak-kanak yang datang beraya. Sudah pastinya kejadian seperti ini membantutkan suasana raya yang seharusnya berlangsung dengan penuh keterujaan.

Kalau sampai garit kereta orang, nak salahkan siapa?

Hilang mood raya 

Sumber : Twitter FairuspeOs, Facebook Aliff Aiqal dan Portal Harian Metro

Apa Komen Anda?