‘CGPA Aku 2.79 Parents Masih Datang Konvokesyen, Tapi Bila Mak Tengok Result..’

Tidak hairanlah jika setiap ibu bapa amat mementingkan akademik setiap anak-anaknya kerana mereka percaya dengan pendidikan yang baik, masa depan anak akan lebih terjamin. Atas sebab inilah ada sesetengah ibu bapa yang bersikap tegas dalam pendidikan anak-anak dan mengharapkan mereka meraih keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan baik dari peringkat sekolah  sehinggalah peringkat pengajian lebih tinggi di universiti.

BACA: Anak Meragam Bukan Alasan, Ibu Bapa Ini Dedah Cara Solat Sambil Dukung Anak!

Gambar sekadar hiasan

Disebabkan itulah anak-anak telah terdedah dengan tekanan em0si sejak dari kecil apabila ibu bapa terlalu mengharapkan mereka mencapai keputusan yang cemerlang dalam pendidikan.  Jika gagal, ibu bapa akan berasa marah dan akan terus-menerus menekan emosi mereka sehinggakan anak-anak ini berasa murung kerana ibu bapa tidak berbangga dengan tahap pencapaian yang menjadi kemampuan mereka. 

Gambar sekadar hiasan

Bila anak rasa ‘never good enough’

Hal itu telah diakui oleh seorang pakar psikol0gi yang terkenal dengan nama Aiman Amri di Twitter. Dia merasakan antara tekanan emosi yang paling besar dalam kalangan anak-anak apabila mereka merasakan ibu bapa tidak pernah berbangga dengan tahap kejayaan mereka dalam apa jua perkara. 

Dapat 3.79 tapi parents tak datang k0nvo.. tak ada apa nak dibanggakan

Perkara itu ditulisnya selepas seorang lelaki berkongsi sebuah pengalaman pahit yang menyakitkan pernah dirasainya berkaitan hal tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Doalah aku & isteri dapat jadi ibu bapa yg lebih menghargai

Bila dah besar, buat keputusan sendiri & ada pendirian sendiri

Aku sorang ke sedih baca ni?

Dalam pada itu, Aiman turut tersentuh membaca beberapa perkongsian pendek netizen tentang penerimaan keluarga mereka walaupun mendapat keputusan gred yang rendah. Termasuklah kisah daripada seorang netizen ini apabila ibunya tetap berbangga dan memuji dirinya kerana berjaya menamatkan pengajian meskipun meraih pointer sebanyak 2.79 sahaja.

‘Alhamdulillah Daus.. habis jugak Diploma kau’

Gambar sekadar hiasan

Beberapa kali repeat subjek, parents masih datang konvo 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter AimanPsikologi

Apa Komen Anda?