Challenge Makan Durian & Mee Pedas Sampai Termuntah, Ara Dibebel Nabila Huda!

Kalau perasan, hampir setiap bulan akan ada sahaja trend cabaran baru yang menjadi ikutan di ruangan media sosial. Antara yang menjadi popular sejak akhir-akhir ini adalah cabaran makan atau ‘mukbang’ mee pedas. Biarlah berpeluh atau keluar air mata sekalipun, video-video seperti itulah yang kerap mendapat tontonan tertinggi. Selain Youtuber atau Instafamous, para selebriti seperti Ara Johari turut tidak melepaskan peluang untuk terlibat sama dalam challenge ini.

BACA: Ucapan Hari Bapa Untuk Amy Search Diperli, Nabila Huda ‘Sound’ Mak Tiri!

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram miliknya semalam, cabaran yang dilakukan oleh penyanyi ini nampaknya sangat berbeza daripada makan mee pedas yang kita semua pernah tonton sebelum ini. Bersama beberapa kenalannya, Ara telah menyahut challenge untuk menjamah makanan viral tersebut bersama durian!

Eh giIa la! Stop buat benda macam ni…banyak lagi benda lain yang boleh explore

Menerusi paparan yang dikongsikan itu, penyanyi lagu ‘Warkah Untukku’ ini agak struggle untuk menghabiskan makanan tersebut. Selain wajahnya bertukar kemerah-merahan, Ara juga dilihat agak loya sehingga terpaksa muntah dalam sehelai beg plastik. Tindakan itu ternyata mengundang risau rata-rata pengikutnya serta rakan selebriti seperti Nabila Huda yang sempat membebel kerana challenge itu dilihat sangat berisiko, Namun Ara memberitahu yang dia baik-baik sahaja, selain berharap agar orang lain tidak turut serta dalam melakukan cabaran itu kerana tidak sesuai untuk semua orang.

Sumber: IG arajohari 

Apa Komen Anda?