Chef Fikree Berdiam, Isteri Pula Kecewa Dituduh Reka Cerita Palsu!

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan isu rumah tangga chef Chef Fikree di mana dia didakwa bermain kayu tiga bersama seorang wanita berstatus isteri orang. Perkara itu didedahkan oleh isterinya sendiri di Instagramnya. Berita tersebut sudah tentu membangkitkan kemarahan netizen kerana ini bukanlah kali pertama selebriti lelaki membuat ‘hal’ sedemikian rupa. Menerusi artikel dari Hangat Malaysia juga, Chef Fikree nampaknya enggan membuka mulut tentang pergolakannya bersama isteri.

Baca : PANAS! Isteri Dakwa Chef Fikree Main Kayu Tiga, Siap Call JAIS Nak Tangkap?

Kata Chef Fikree, dia hanya menyerahkan hal tersebut kepada pihak guaman dan sempat menyatakan rasa terkilan dengan tindakan isterinya itu.

Ingin menjaga aib isteri, anak dan keluarganya…

Dalam pada itu, isterinya iaitu Zuriehan telah meluahkan kesal kerana dirinya turut didakwa hanya mereka-reka cerita.

Tidak cukup dengan itu, Chef Fikree juga mendakwa bahawa dia tidak pulang ke rumah dek kerana sudah dihalau oleh isterinya itu padahal, semuanya dusta belaka. Tuntasnya, Zuriehan bengang kerana suaminya itu memutarbelitkan cerita sebenar.

Tak tanya pasal anak…Baju raya anak pun dah tak heran…

Sumber : Portal Hangat Malaysia dan Instagram Zuriehanbenyahya

Apa Komen Anda?