Chef Selebriti Adamidam Pula Kembali Ke Rahmatullah Pagi Ini…

Chef selebriti yang mula dikenali menerusi rancangan program masakan ‘Hero Oven’ dan pernah berganding bersama hos, Awal Ashaari dalam drama masakan bertajuk ‘Dapur Kongsi’ iaitu Adamdidam telah pun kembali ke rahmatullah pada pagi tadi, Pengesahan tentang berita itu disahkan sendiri oleh sepupunya, Natasha Amran menerusi satu posting di Instagram miliknya baru-baru ini.

BACA: “Saya Perasan Wajahnya Lain Lepas Umrah..” – DSV Hiba Dengan Pemergian Faziani

Sepupu kesayangan saya Adam…telah bertemu Illahi pada pagi ini. Allahuakbar

View this post on Instagram

ALFATIHAH UNTUK ADAM SEMOGA ROH ADAM DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN

A post shared by natashaamran (@natashaamran) on

Pemergian Adam atau nama sebenarnya Muhammad Adam Mahamed Ismail, turut dirasai oleh sepupunya yang juga hos terkenal, iaitu Neelofa yang turut mengucapkan tanda takziah kepada Allayarham dan ada memuat naik foto semasa mereka masih kecil di ruangan InstaStory miliknya.

Kamu akan selalu berada dalam doa kami..

Terdahulu, Neelofa pernah memuat naik status menyeru orang ramai untuk mendoakan kesihatan Adam sekitar awal Mei yang lalu. Namun begitu, keluarganya tidak mendedahkan pula apa yang sedang dihadapi oleh jejaka ini.

Kredit foto: Hangat.com

Adam juga merupakan bapa saudara kepada trio 3 beradik yang mahir ‘kecek Kelate’ walaupun membesar di United Kingdom iaitu Omar, Fatimah, dan Ali dan pernah beberapa kali muncul juga dalam video di Instagram mereka. Al-fatihah diucapkan buat Allahyarham dan keluarga.

Sumber: IG natashaamran & neelofa

Apa Komen Anda?