Viral

Chef Wan Dedah 300 Pokok Kaduk Dicuri, Habis RM34K Demi Cantikkan Lanskap Rumah

Chef Wan Dedah 300 Pokok Kaduk Dicuri, Habis RM34K Demi Cantikkan Lanskap Rumah

Sebagai plants lover, Datuk Chef Wan juga tidak berkira membeli banyak jenis pokok bunga untuk mengindahkan suasana di sekitar rumahnya. Namun baru-baru ini, beliau sempat mendedahkan penipuan oleh pihak yang dibayar untuk menguruskan kerja-kerja mencantikkan lanskap terbabit. Ini termasuklah isu bayaran seunit anak pokok yang terlampau mahal dan tidak setanding dengan hasilnya.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Saya berikan semua kepercayaan & ini balasan yang saya dapat?…Buat audit semua pokok

Beliau mendedahkan sebelum ini pernah dicaj sehingga RM34,000 hanya untuk tanaman lanskap bersaiz kecil sahaja. Pun begitu, beliau tidak kisah membayar harga yang mahal sebegitu namun hatinya kecewa apabila mendapati rupanya ada unsur-unsur penipuan lain. Untuk memeriksa semula bilangan pokok bunga yang ditanam selari dengan rekod pesanan, tukang masak berusia 64 tahun ini dibantu beberapa pekerja lain mula mengira satu persatu tumbuhan tertentu.

Chef Wan Dedah 300 Pokok Kaduk Dicuri, Habis RM34K Demi Cantikkan Lanskap Rumah

Bayangkan dia caj saya 2 kali ganda berbanding apa yang ditanam

Proses pengiraan tumbuhan itu dijalankan secara terperinci bagi mengenal pasti sebarang kuantiti tidak telus. Tekaannya benar belaka, terbukti bilangan pokok yang ditanam adalah tidak mencukupi. Kemudian, pihak pengurus lanskap terbabit didapati diam-diam mengenakan bayaran sebanyak 2 kali ganda kepada Chef Wan.

300 pokok daun kaduk dicuri tapi siap caj saya lagi…Mengaku bawa balik

Setelah 3-4 jam ‘audit’ dibuat di sekitar taman kecil itu, mereka mendapati rupanya pelbagai pokok tidak mencukup. Paling mengejutkan, Chef Wan meminta agar 1050 unit pokok kaduk ditanam. Namun malangnya, hasil kiraan mendapati cuma ada 223 pokok sahaja bermaksud kurang 827 pokok. Justeru itu, beliau bercadang membuat laporan polis sekiranya pihak contractor lanskap┬áitu enggan memulangkan lebihan caj terbabit.

Kredit : Instagram Chef Wan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Chef Wan Dedah 300 Pokok Kaduk Dicuri, Habis RM34K Demi Cantikkan Lanskap Rumah

Facebook

Telegram