Viral Inspirasi

Chef Wan Tenang Kucing Pecahkan Mangkuk Mahal – “Nak Marah Pun Bukan Ada Otak”

Chef Wan Tenang Kucing Pecahkan Mangkuk Mahal – “Nak Marah Pun Bukan Ada Otak”

Selain mempunyai minat terhadap pokok, kini Datuk Chef Wan juga banyak berkongsikan kelucuan mengenai kucing-kucing kesayangannya. Persis cat lovers lain, beliau juga tidak kisah berhabisan banyak duit termasuklah bagi kos makanan setiap bulan beserta rawatan.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Yang penting Neil takde apa-apa…Haiwan tiada otak macam kita…Esok kalau ke Morocco, boleh beli lagi

Meskipun terkadang si bulus ini mempunyai perangai nakal, seorang pencinta kucing tidak mungkin rela memarahi apalagi hendak naik tangan. Sama seperti Chef Wan sendiri, beliau tidak melenting apabila seekor kucingnya bermain hingga menyebabkan mangkuk perhiasan yang dibeli di Morocco pecah. Tidak dinafikan, barangan itu memang mempunyai nilai ribuan ringgit. Namun apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan rasa sayangnya kepada si comel, Neil.

Jaga mereka macam jaga anak kecil…Nak kedekut atau sayang duit memang not my style

Sudah dianggap seperti cucunya sendiri, Datuk Chef Wan tidak berkira langsung malahan menganggap keutamaan menjaga kucing-kucing ini ibarat sama penting seperti mana beliau menjaga ahli keluarga lain. Tidak akan miskin jika seseorang itu banyak ‘memberi’, beliau berpegang teguh pada psinsip tersebut untuk sentiasa berbudi kepada manusia atau haiwan.

Chef Wan Tenang Kucing Pecahkan Mangkuk Mahal – “Nak Marah Pun Bukan Ada Otak”

Ku menangis membayangkan…Tapi apakan daya, Chef Wan tak sanggup nak marah anak bulu

Menerusi ruangan komen, ramai yang terhibur dan sangat memahami situasi dilalui oleh Chef Wan sebagai pemelihara kucing. Netizen turut memuji sikap mulia tukang masak terkenal ini apabila tidak berkasar meskipun barangannya mengalami kerosakan.

Chef Wan Tenang Kucing Pecahkan Mangkuk Mahal – “Nak Marah Pun Bukan Ada Otak”

Chef Wan Tenang Kucing Pecahkan Mangkuk Mahal – “Nak Marah Pun Bukan Ada Otak”

Chef Wan Tenang Kucing Pecahkan Mangkuk Mahal – “Nak Marah Pun Bukan Ada Otak”

Kredit : IG Chef Wan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Chef Wan Tenang Kucing Pecahkan Mangkuk Mahal – “Nak Marah Pun Bukan Ada Otak”

Facebook

Telegram