Viral

Cikgu Suruh Nyanyi Di Jamuan Raya Sekolah, Suara Merdu Murid Ini Jadi Fenomena

Cikgu Suruh Nyanyi Di Jamuan Raya Sekolah, Suara Merdu Murid Ini Jadi Fenomena

Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sekolah pada tahun ini pastinya memberikan keseronokan luar biasa pada semua pelajar kerana mereka dapat beraya dengan kawan-kawan lain. Jika sebelum ini sudah 2 tahun kita ibarat ‘skip’ Syawal gara-gara pandemik yang melanda, akhirnya anak-anak berpeluang merasai kemeriahan penuh bermakna itu.

BACA : Dari Darjah 1-6 Menang Takhta Baju Raya Tercantik, Wajah Ayu Budak Ini Dipuji

Jamuan raya di sekolah, cikgu suruh menyanyi

Terdahulu pernah tular kisah pelajar perempuan yang 6 tahun berturut-turut memenangi ‘Anugerah Baju Raya Tercantik’, kini giliran murid lelaki ini pula menjadi fenomena di TikTok. Dalam video yang dikongsikan oleh Mama Yaya, si anak yang lengkap berbaju Melayu sedang duduk di atas kerusi dan mula menyanyikan lagu berjudul ‘Untukmu Ibu’.

Cikgu Suruh Nyanyi Di Jamuan Raya Sekolah, Suara Merdu Murid Ini Jadi Fenomena

Ingatkan dia tak berani…Adoilah anak Mama, Mama pula seram dengar suara awak

Tidak padan kecil dan disangka akan takut, namun lontaran vokalnya cukup memukau telinga yang mendengar. Suaranya mungkin sedikit ‘besar’, akan tetapi lagu itu dapat disampaikan dengan penuh penjiwaan meskipun berlaku sedikit gangguan teknikal pada sistem bunyi di dalam dewan berkenaan.

@mamayayagoges

#raya2022 #tibatibaraya #jamuanrayasekolah#buahhati #kasihibu #anakmama#keluarganomorsatu

♬ original sound – kakakpink – kakakpink

Ini ke gerangan suara yang sedap semalam? Puas intai semalam, tapi tak nampak…Berdiri bulu roma

Meraih hampir 400 ribu jumlah tontonan, ribuan netizen memberikan pujian melambung kepada persembahan mantap murid tersebut dan menyifatkan bakatnya boleh digilap. Selain itu, ada juga yang menyamakan suaranya dengan penyanyi lagu asal iaitu Mamat Exists.

Cikgu Suruh Nyanyi Di Jamuan Raya Sekolah, Suara Merdu Murid Ini Jadi Fenomena

Cikgu Suruh Nyanyi Di Jamuan Raya Sekolah, Suara Merdu Murid Ini Jadi Fenomena

Cikgu Suruh Nyanyi Di Jamuan Raya Sekolah, Suara Merdu Murid Ini Jadi Fenomena

Cikgu Suruh Nyanyi Di Jamuan Raya Sekolah, Suara Merdu Murid Ini Jadi Fenomena

Kredit : TikTok mamayayagoges

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Cikgu Suruh Nyanyi Di Jamuan Raya Sekolah, Suara Merdu Murid Ini Jadi Fenomena

Facebook

Telegram

Facemask For Kids