Cinta Viral

Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Sharing is caring!

Tak dinafikan, setiap insan yang bergelar wanita pasti mengimpikan seorang jejaka yang memiliki ciri romantik sebagai teman istimewanya. Bukan sekadar pandai mengambil hati atau bijak menggunakan kata-kata manis, tetapi sikap mengambil berat juga menjadi salah satu aspek yang menjadi setiap idaman wanita. Meskipun ‘spesis’ lelaki seperti ini agak sukar untuk ditemukan pada zaman kini, tetapi ada kalanya cinta itu berputik tanpa disangka-sangka.

BACA: [VIDEO] Ajar Boyfriend Korea Cakap Melayu, Ramai Cemburukan Gadis Bertuah Ini

Ajar oppa BM…comel habis

Sekitar awal Disember lalu, video yang memaparkan gelagat antara seorang gadis Melayu bersama Korean boyfriend telah menjadi tular di laman Twitter. Menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, gadis tersebut sangat gembira apabila dapat mengajar sedikit sebutan Bahasa Malaysia kepadanya.  

Teman lelaki romantik macam babak K-Drama


Bagai bulan jatuh ke riba, siapa sangka persahabatan yang bermula di Universiti Hanyang akhirnya menimbulkan bibit cinta antara Amirah Sabrina dengan seorang pemuda dari Busan, Korea Selatan. Dia turut mengakui sisi romantis yang dipamerkan sewaktu lelaki tersebut menyatakan hasrat mahu bercinta dengannya memang tak ubah macam babak romantis K-Drama.

Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Faham perbezaan budaya…pandai jaga batas pergaulan

Mengulas lanjut tentang perbezaan bahasa dan budaya pula, gadis berusia 20 tahun ini menyatakan kedua-dua aspek tersebut bukanlah penghalang dalam hubungan cinta mereka. Amirah sendiri sudah menguasai Hangul (Bahasa Korea), sementara lelaki itu pula sangat bertimbang rasa dan memahami konsep kehidupan seorang penganut agama Islam.


Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Parents dah tau…tapi usia muda lagi

Dedahnya kepada portal mStar lagi, Amirah sangat bersyukur kerana ibu bapa serta rakan-rakannya memberikan sokongan yang positif apabila dimaklumkan tentang cinta antara 2 negara ini. Bagaimanapun, anak kelahiran Subang Jaya ini tidak mahu terburu-buru ke fasa berikutnya lagi memandangkan mereka masih muda dan belum menamatkan tempoh pengajian masing-masing.

Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Sumber: Twitter, IG jpbrinx & mStar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama

Sharing is caring!