Hubungan jarak jauh sudah pasti akan memberi cabaran kepada mereka yang menempuhinya. Percintaan seperti ini perlu berkomunikasi secara konsisten, supaya dapat menjaga aspek kesetiaan dan kejujuran sepanjang menjayakannya. Namun ketentuan jodoh adalah rahsia yang ditetapkan Tuhan, oleh itu ada kalanya ia mungkin tak kesampaian atau berakhir seperti yang diharapkan.
BACA: [VIDEO] Ditinggal Teman Wanita Masa Raya Kedua, Pesanan Ibu Lelaki Ini Win
Redha dengan ketentuan takdir tuhan, hubungan jarak jauh selama empat tahun terhenti begitu sahaja
Walaupun telah menjalin hubungan jarak jauh dengan bekas teman wanitanya selama 4 tahun, siapa sangka pemuda bernama Zulhilmi ini rupa-rupanya hanya menjaga jodoh orang. Walaupun tidak didedahkan punca hubungan tersebut putus, tapi jejaka ini tetap redha dengan apa yang telah berlaku. Lebih mengharukan lagi, dia tetap tabah menghadiri perkahwinan bekas teman wanitanya dan mengambil gambar bersama-sama di atas pelamin walaupun sebagai tetamu.
Cinta tak semestinya memiliki, semoga berjumpa dengan jodoh yang betul suatu hari nanti
Secara kesuluruhannya, entri tersebut meraih lebih 7 ribu retweets dan pelbagai reaksi daripada netizen. Sehubungan itu, rata-rata mereka memberi kata-kata semangat dan memuji ketabahan yang dimiliki Zulhilmi. Di samping mendoakan semoga pemuda ini menjumpai jodoh yang sebenar suatu ketika nanti, mereka juga berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir sama dengan cerita tersebut.
Sumber: Twitter MhdZlhlmy
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura