Cinta Tapi Malu-Malu Kucing? Ini Taktik Cairkan Perempuan Keras Hati Tanpa Luah

Perempuan sememangnya golongan yang paling ‘complicated’. Kita tidak dapat menyangkal kenyataan yang mereka ini mempunyai hati yang senipis kulit bawang. Hal ini menyebabkan mereka cepat beremosi dan bertindak apa sahaja untuk melempiaskan amarah mereka. Jika dalam hubungan suami isteri, maka hal ini menjadi tanggungjawab suami untuk melindungi dan membendung isteri daripada terikut-ikut dengan perasaan sendiri. Benar, mereka ini sukar dipujuk tapi jika kena caranya, mungkin ucapan ‘I L0ve You’ bakal menghiasi setiap hari anda. 

BACA: Dilema Isteri Minta Tolong Pilihkan Barang, Para Suami Perlu Tahu 6 Tips Ini!

Seorang lelaki atau khususnya suami yang baik akan mencuba pelbagai cara untuk mencairkan hati isteri. Suami mungkin sukar untuk mengungkapkan perasaan cinta acapkali bertemu isteri tetapi berbekalkan cara-cara yang ‘sweet’ ini, si dia pasti merasai perasaan sebenar yang cuba anda ucapkan! 

Gambar sekadar hiasan

Cari penyelesaian bagi setiap masalah 

Jangan biarkan sesuatu masalah itu tersimpan lama. Suami perlu cepat mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah. Misalnya, jika isteri mengadu sebarang masalah, jangan hanya menjadi pendengar yang baik tapi tampillah dengan sebarang cadangan.

Gambar sekadar hiasan

Buang sifat kedekut

Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang begitu teliti dalam penjagaan barang-barang kepunyaannya, namun jika sesekali isteri ingin meminjam maka beri sahajalah!

Gambar sekadar hiasan

Penyimpan Rahsia Yang Terbaik

Suami perlu menjadi seseorang yang paling dipercayai untuk menyimpan setiap rahsia mereka. Anggaplah segala rahsia isteri seperti rahsia sendiri, Suami yang baik tidak akan sesekali membuka rahsia isteri samada berkait dengan diri mereka sendiri atau keluarga. 

Ingat tarikh-tarikh penting

Usaha untuk mengingati setiap tarikh-tarikh penting juga adalah amat penting untuk membuatkan si dia cair kepada anda. 

Gambar sekadar hiasan

Buat aktiviti bersama

Bukan hanya di tempat tidur tetapi suami seringlah menemani isteri melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Jangan terlalu memaksa si dia melakukan sesuatu yang bukan kesukaannya.

Jangan kerap marah & beri si dia ganjaran

Suami perlu terapkan moment yang santai meskipun isteri buat kesalahan. Selain itu, lazimkanlah diri untuk memberi hadiah atau ganjaran kepada isteri. Ini akan membuatkan mereka terasa lebih dihargai. 

Gambar sekadar hiasan

Segala cara-cara ini tidak akan lengkap sekiranya suami kurang satu perkara ini iaitu sering menganggap isteri anda adalah yang paling terbaik berbanding wanita lain di luar sana. Jika ada perasaan kurang senang, tegurlah dengan berhemah dan jangan membandingkan. Cara ini walaupun nampak simple tapi boleh memberi impak kepada perasaan isteri. Bak kata bidalan Inggeris, “Happy Wife, Happy Life”. 

Sumber: Majalah Pama

Apa Komen Anda?