Hiburan Viral

“Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis

“Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis

Sharing is caring!

Sekitar minggu lepas, seorang kanak-kanak perempuan comel telah menjadi bualan ramai kerana mempunyai raut wajah yang hampir sama selebriti dan usahawan terkenal, iaitu Noor Neelofa binti Mohd Noor. Semuanya tercetus apabila seorang pengguna Twitter bernama Sara memuat naik gambar anak saudaranya, sebelum turut mendapat perhatian selebriti popular berkenaan. Sehingga kini, status tersebut telah meraih lebih 16 ribu retweets.

BACA: [VIDEO] “Mana Tahi Lalat Saya?” – Tiru Neelofa, Jihan Buat Ramai Terbahak

Ramai yang kata dia nampak macam saya & saya pun perasan persamaan antara kami berdua.

“Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis

Mini Lofa diundang ke set MeleTOP

Siapa sangka, kuasa viral akhirnya mempertemukan Neelofa dengan si cilik bernama Che Naura Auni dalam satu segmen khas rancangan temu bual sensasi MeleTOP pada malam tadi. Meskipun kelihatan agak gugup pada mulanya, namun respon bersahaja daripada kanak-kanak berusia 5 tahun ini telah membuat para hos dan penonton di studio berasa sangat terhibur.

Tahi lalat, bentuk mata & kening sama


Sambil memangku kanak-kanak bertuah itu, Neelofa sendiri menyatakan bahawa wajah adik Auni persis dirinya sewaktu kecil dahulu. Dalam pada itu, bapa si comel tersebut (Che Fadhlullah) turut memaklumkan bahawa negeri kelahiran mereka berdua juga sama iaitu di Kelantan. Di hujung rancangan pula, selebriti lain juga mengambil kesempatan untuk mengambil gambar bersama Mini Lofa ini.

“Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis

“Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis

Rasa macam Lofa dukung baby sendiri…sebijik comey

Susulan pertemuan yang sangat bermakna itu, majoriti netizen mengakui bahawa adik Naura Auni memiliki wajah yang seakan sama dengan artis serta model terkenal itu. Rata-rata mereka yang menyaksikan segmen itu turut berseloroh seakan-akan dapat melihat wajah bakal cahaya mata Neelofa suatu hari nanti. 

“Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis


“Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis

“Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis

“Comel, Cantik, Susu..” – Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Lawak Habis

Sumber: YouTube MeleTOP


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!