Tidak dapat dinafikan, setiap orang yang bakal berkahwin pasti akan mengalami perasaan gemuruh. Lebih-lebih lagi apabila perlu berhadapan dengan ramai orang, pasti akan terjadi satu moment lucu yang tidak sengaja dilakukan. Sama juga situasi yang berlaku kepada individu ini selepas mencetuskan gelak tawa dalam majlisnya sendiri.
BACA: Dari TikTok Ke Pelamin, Lelaki Tak Sangka Balas Komen Jadi Asbab Berjodoh
Abang confuse sampai terkucup tangan adik
Menerusi perkongsian @_alwys di laman TikTok, kelihatan pasangan mempelai yang sedang duduk di atas sebuah pelamin. Tidak lama kemudian, datang pula adik kepada pengantin lelaki untuk bersalam-salaman. Namun, secara tiba-tiba si abang pula yang terkucup tangan gadis berkenaan hingga membuatkan beberapa tetamu lain ketawa.
Siap terima tamparan manja adik…pengantin hanya mampu ketawa
Lebih menghiburkan, si adik pula berseloroh memberikan satu tamparan manja tepat pada wajah lelaki tersebut. Menyedari kesilapan itu, si abang serta isteri hanya mampu ketawa selain sempat menerima ‘sindiran’ daripada DJ yang sedang mengacarakan majlis. Mungkin tidak sengaja, gadis berkenaan hanya tersipu malu gara-gara perbuatan spontannya.
@_alwys Adik cium tangan abang ❌Abang cium tangan adik ✅selalu tampar bahu, ni tertampar muka 😂#wedding #weddingtok #raya #funny
Terpaling fast hand…member nak mengelak pun tak sempat…mesti akak ipar dia pun ikut trauma
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut ikut terhibur melihat adegan lucu daripada dua beradik tersebut. Malah, ada juga yang sempat bergurau menyatakan ia adalah pertama kali dalam sejarah pengantin ditampar ketika bersanding.
Kredit: TikTok _alwys
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
