Walaupun sudah lama melabuhkan tirainya, tak dinafikan ‘7 Hari Mencintaiku 2’ adalah antara drama Melayu yang hangat tahun ini. Selain menaikkan nama barisan para pelakon siri tersebut, lagu tema ‘Aku Bidadari Syurgamu’ yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga terkena tempias sama. Bukan sahaja selalu dimainkan di corong radio hingga ke hari ini, malah di YouTube ia juga telah meraih lebih 8.5 juta views.
BACA: [VIDEO] Tuah Bawa Lagu Ella Versi Irama Melayu, Naim Daniel Juara Minggu Ke-2
Penangan ‘7 Hari Mencintaiku 2’…giliran Naim Daniel sampaikan lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan merdu sekali
Sejak itu, ramai telah membuat cover terhadap lagu tersebut namun jarang sekali untuk dengar versi suara lelaki. Menerusi posting di Instagram miliknya, pemenang utama AJL ke-34 iaitu Naim Daniel telah membuktikan bakat suaranya dalam menyampaikan karya cipataan Ippo Hafiz tersebut. Walaupun cuma menyanyi di dalam kereta sambil memakai earphone sahaja, tapi suaranya yang cukup lunak itu nyata cukup sempurna sepanjang rakaman berdurasi 48 saat berikut.
Kembang kempis hidung tapi penghayatan memang terbaik…teringin nak buat rambut macam tu juga
Walaupun bukan nyanyian penuh, tapi klip video tersebut telah berjaya meraih lebih 120 ribu jumlah tontonan setakat ini. Di samping memuji suara dan penghayatannya ketika menyampaikan lagu tersebut, netizen juga memuji penampilan rambut panjang terkini Naim Daniel.
Sumber: IG naimdanielx
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura