Viral

Cuak Jumpa Bungkusan Misteri Membusuk Bertali Kuning, Bila Buka Rupanya…

Cuak Jumpa Bungkusan Misteri Membusuk Bertali Kuning, Bila Buka Rupanya…

Sharing is caring!

Kata orang tua-tua, tak elok kutip bungkusan misteri yang dijumpai di kawasan mencurigakan terutamanya dalam kawasan semak. Hal ini kerana, bimbang pula jika benda tersebut boleh mendatangkan mudarat terhadap orang yang sesuka hati mengambilnya. Akan tetapi, lelaki ini dedahkan pula cerita di sebalik penemuan benda misteri dalam semak.

BACA: “Salah, Salah” Histeria Mega, Budak Hostel Cuak Diejek Jin Yang Rasuk Kawannya

Jumpa bungkusan dibalut kain batik dan diikat tali kuning di semak

Menerusi Twitter, Aman Jamadi kononnya terjumpa bungkusan misteri yang dibalut kain batik dan diikat dengan tali kain kuning di kawasan semak. Pada mulanya, dia agak keberatan untuk mengambil benda tersebut sebelum akhirnya membawanya pulang ke rumah.

Cuak Jumpa Bungkusan Misteri Membusuk Bertali Kuning, Bila Buka Rupanya…


Cuak Jumpa Bungkusan Misteri Membusuk Bertali Kuning, Bila Buka Rupanya…

Cuak Jumpa Bungkusan Misteri Membusuk Bertali Kuning, Bila Buka Rupanya…

Cuak Jumpa Bungkusan Misteri Membusuk Bertali Kuning, Bila Buka Rupanya…

Cuak Jumpa Bungkusan Misteri Membusuk Bertali Kuning, Bila Buka Rupanya…

Cuak Jumpa Bungkusan Misteri Membusuk Bertali Kuning, Bila Buka Rupanya…


Nenek gunakan cara ini untuk meranumkan buah

Keesokannya, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan isi yang terkandung dalam benda itu. Apabila dibuka, rupa-rupanya bungkusan itu sebenarnya membaluti sebiji buah nangka yang sudah masak. Menurut Aman, itulah cara yang digunakan oleh neneknya untuk meranumkan buah berkenaan.

Cuak Jumpa Bungkusan Misteri Membusuk Bertali Kuning, Bila Buka Rupanya…

Abang ipar pun terkena prank buah nangka berbalut itu

Tidak cukup dengan itu, Aman mengambil keputusan untuk melakukan prank terhadap abang iparnya yang merupakan seorang ustaz tentera kononnya dia telah membawa pulang sebuah bungkusan pelik ke rumah. Apabila suami kepada kakaknya itu membuka benda yang berbalut berkenaan, dia hanya mampu ketawa dan berseloroh sekali dengan Aman.

Sumber: Twitter aman.jamadi


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!