Viral Isu Semasa

Cucu Pengasuh Larikan Bayi Asbab Comel, Dakwa Raisya Zuriat Kandungnya & Pakwe

Cucu Pengasuh Larikan Bayi Asbab Comel, Dakwa Raisya Zuriat Kandungnya & Pakwe

Semalam, seorang wanita bernama Puan Farisha Amirah mengalami detik mendebarkan setelah mendapati anaknya yang berumur 9 bulan sudah dilarikan dipercayai akibat perbuatan cucu kepada pengasuhnya. Datang ke sana untuk menjemput pulang sekitar 5.40 petang, saat itulah Puan Farisha dimaklumkan mengenai situasi Noor Raisya Binti Mohamad Rahimi dibawa lari berkemungkinan bagi sindiket penjualan bayi.

BACA : Bagi Baby Umur 6 Bulan Makan Mee Kari, Ibu Tahan Marah Hadap Perangai Pengasuh

Ditemui dalam sebuah van yang sedang menuju ke sempadan Thailand

Lebih mencurigakan, Noor Raisya ditemui oleh pihak polis saat berada dalam sebuah van yang sedang menghala ke sempadan Thailand. Melalui laporan Harian Metro, berikut merupakan lokasi-lokasi yang dituju suspek dalam dakwaan sindiket percubaan membawa lari bayi terbabit :

  1. Dari rumah neneknya di pangsapuri Bukit Tengah, suspek utama (gadis 14 tahun) membawa bayi itu ke pondok Machang Bubok.
  2. Selepas itu, ayah tiri kepada teman lelaki suspek (umur 30 tahun) datang ke sana dengan van kilang & memindahkan lokasi Adik Raisya ke Kulim.
  3. Di sebuah rumah di Kulim, ibu kepada teman lelaki suspek (43 tahun) pula menjaga Adik Raisya.
  4. Mujur sahaja suspek yang terlibat (dipercayai ada 5 orang) sudah ditangkap menerusi serbuan pihak polis.
Cucu Pengasuh Larikan Bayi Asbab Comel, Dakwa Raisya Zuriat Kandungnya & Pakwe
Kredit Foto : Malaysia Gazette

Cucu Pengasuh Larikan Bayi Asbab Comel, Dakwa Raisya Zuriat Kandungnya & Pakwe

Bawa lari Raisya katanya sebab terlalu comel

Hasil soal siasat, remaja 14 tahun terbabit membuat pengakuan kononnya Raisya adalah anak kandungnya hasil hubungan dengan teman lelakinya. Lebih tidak masuk akal lagi, tindakan dia membawa lari Raisya dikaitkan dengan rasa suka kepada bayi 9 bulan itu kerana dilihat terlalu comel. Hingga kini, siasatan masih diteruskan bagi mengetahui motif sebenar jenayah terancang tersebut adakah benar ada cubaan sindiket menjual bayi.

Cucu Pengasuh Larikan Bayi Asbab Comel, Dakwa Raisya Zuriat Kandungnya & Pakwe

Sanggup berhenti kerja & mahu jaga Raisya sendiri

Siapa sangka, kepercayaan membayar upah asuhan RM500/bulan sejak 8 bulan lalu ranap sekelip mata akibat tindakan gila cucu pengasuh. Kejadian itu cukup memberikan rasa serik sekali gus membuatkan Puan Farisha nekad berhenti kerja untuk menjaga sendiri anaknya.

Cucu Pengasuh Larikan Bayi Asbab Comel, Dakwa Raisya Zuriat Kandungnya & Pakwe

Cucu Pengasuh Larikan Bayi Asbab Comel, Dakwa Raisya Zuriat Kandungnya & Pakwe

Kredit : FB Harian Metro & IG SchaaaZainal

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Cucu Pengasuh Larikan Bayi Asbab Comel, Dakwa Raisya Zuriat Kandungnya & Pakwe

Facebook

Telegram