Viral Keibubapaan

“Cukuplah Kak Aibkan Mama & Buang Family” -Remaja Viral Nak Mula Hidup Baru

“Cukuplah Kak Aibkan Mama & Buang Family” -Remaja Viral Nak Mula Hidup Baru

Setelah berbulan-bulan kemelut perselisihan faham antara seorang usahawan Ika Ekora dan anak perempuannya yang bernama Uji, akhirnya selesai juga sehingga melibatkan pihak mahkamah. Terdahulu, remaja berusia 18 tahun tersebut sebelum ini dikatakan juga telah pun tinggal berasingan dengan suami selepas rumah tangganya goyah.

BACA: Kini Anak Pula Dibuang Suami, Ibu Turun Naik Mahkamah Lega Bersatu Kembali

“Cukuplah Kak Aibkan Mama & Buang Family” -Remaja Viral Nak Mula Hidup Baru

Rela habis duit nak hak penjagaan anak…Dia tetap kutip balik anak dia

Tidak tahan melihat nasib anak kesayangannya dibuang suami sendiri, Ika nekad untuk berjuang mendapatkan hak penjagaan remaja tersebut. Meskipun pernah dihina dan hampir dipenjara kerana didakwa mencederakan cahaya mata sulungya itu, namun sebagai ibu dia tetap bertanggungjawab.

@ekora8888

Seorang ibu walau sezalim mana ank buat,dio tetap kutip balik ank dia…relo hbis duit nk hak penjagaan ank,ank nk wt gpo2 xpk!!ngelas toklaki pom buang spertimana dia buang ibu dia aritu…#fypmalaysia🇲🇾tiktok #ikaekoraviral #ikaekora

♬ Betrand ft Sarwendah _ Jangan Dengar Mereka – MN

@ekora8888

Mama disini kerano tamil dan uji,puas hati doh ko??harap puas at la blako gpo pon keputusan lepas ni🤝#fypmalaysia🇲🇾tiktok #ikaekoraviral #fypmalaysia

♬ original sound – MUSIC-ROOM – MUSIC ROOM

Lepasni kakak tak akan ulangi lagi…Mama ampunkanlah kesalahan kakak pada mama papa

Terbaru menerusi satu perkongsian di TikTok, Uji buat pertama kali meluahkan perasaan yang terbuku di hati susulan kejadian itu. Jelasnya, dia akui cukup menyesal kerana sebelum ini pernah melakukan perkara yang kurang bijak dengan buang keluarga serta mengaibkan ibu kandungnya sendiri. Walau bagaimanapun, semua itu dijadikan pengajaran yang cukup hebat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

@babyshxnee._

Maafkan kakak mama 🙏🏻🙏🏻😭

♬ Temukan Aku Dan Dia – Donny Antinoda

Betullah orang kata, dengan suami ada talak…Dengan keluarga sampai bila takkan putus pertalian tu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak membaca luahan ikhlas dari seorang anak tersebut. Dalam pada itu, ramai yang berharap remaja berkenaan tidak mensia-siakan peluang serta kemaafan daripada ibunya.

 

“Cukuplah Kak Aibkan Mama & Buang Family” -Remaja Viral Nak Mula Hidup Baru

“Cukuplah Kak Aibkan Mama & Buang Family” -Remaja Viral Nak Mula Hidup Baru

“Cukuplah Kak Aibkan Mama & Buang Family” -Remaja Viral Nak Mula Hidup Baru

Kredit: TikTok Uji 

 

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Cukuplah Kak Aibkan Mama & Buang Family” -Remaja Viral Nak Mula Hidup Baru

Facebook

Telegram