cinta * perhubungan Inspirasi rumah tangga Viral

Cuma Sebungkus Jajan, Kak KM Nangis Lihat Video Pasangan Bahagia Walau Tak Kaya

Cuma Sebungkus Jajan, Kak KM Nangis Lihat Video Pasangan Bahagia Walau Tak Kaya

Mampu membeli rumah bernilai jutaan ringgit dan kereta mewah, kejayaan Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli dalam dunia perniagaan memang tidak dapat dinafikan. Tambahan pula sebelum ini, dia banyak berkongsikan kisah pencapaian tersebut menerusi media sosial. Namun siapa sangka, sepasang suami isteri ini sedikit sebanyak menyentuh sanubari Kak KM.

BACA : Sebalik Rezeki Beli Banglo RM5J, Kak KM Pesan Jaga Berkat Hubungan Dengan Ibu

Semoga jadi asbab pasangan lain untuk susah senang bersama

Dalam video yang pernah viral Julai lalu, pasangan tersebut dilihat begitu bahagia meskipun mereka berdua mempunyai kerja biasa. Si isteri mencari rezeki sebagai food rider, manakala suaminya pula merupakan seorang pemandu lori. Di sebalik kesederhanaan, lelaki dan wanita itu tampak saling menghargai dan sangat mengambil berat sesama sendiri.

Dulu waktu takde duit, bahagia sangat…Sebab kita suami isteri tak pernah bertekak pasal duit

Hanya dengan jajan biasa pun sudah membuatkan pasangan kita bahagia, justeru Kak KM sendiri menitiskan air mata setelah menyaksikan hubungan bahagia mereka berdua. Terkenang kehidupan lalu ketika susah dahulu, dia mendedahkan rasa bahagia itu lebih dirasai meskipun tiada wang yang banyak. Apa pun, usahawan ini berpesan agar sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian Allah.

Kak KM ni hatinya lembut cepat tersentuh…Betul tu, kadang duit banyak hati tak tenteram

Melalui ruangan komen, ramai netizen turut sebak melihat tangisan Kak KM. Malahan di satu sudut lain, mereka bersetuju dengan hakikat bahawa duit bukanlah penentu kebahagiaan hidup manusia.

Cuma Sebungkus Jajan, Kak KM Nangis Lihat Video Pasangan Bahagia Walau Tak Kaya

Cuma Sebungkus Jajan, Kak KM Nangis Lihat Video Pasangan Bahagia Walau Tak Kaya

Cuma Sebungkus Jajan, Kak KM Nangis Lihat Video Pasangan Bahagia Walau Tak Kaya

Cuma Sebungkus Jajan, Kak KM Nangis Lihat Video Pasangan Bahagia Walau Tak Kaya

Kredit : FB Kak KM & IG Zayan

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Cuma Sebungkus Jajan, Kak KM Nangis Lihat Video Pasangan Bahagia Walau Tak Kaya

Facebook

Telegram