Viral

Curi Kabel Elektrik Demi Biayai Kos Isteri Bersalin, Suami Tumpas Dicekup Polis

Curi Kabel Elektrik Demi Biayai Kos Isteri Bersalin, Suami Tumpas Dicekup Polis

Sharing is caring!

Pada zaman sekarang ini, ramai di antara kita yang benar-benar bergelut dengan isu kewangan baik yang bujang mahupun sudah berkahwin. Senario ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah sudah menjadi norma bagi kebanyakan masyarakat. Hal yang sama turut dialami oleh lelaki ini apabila terpaksa melakukan sesuatu perkara tanpa rela demi membiayai kos rawatan si isteri.

BACA : Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Sibuk ‘Tackle’ Nurse Sampai Tergamak Jatuh Talak


Saya mencuri kerana kebetulan isteri bakal bersalin..

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki yang berasal dari daerah Makasar, Indonesia itu dikatakan nekad mencuri kabel di menara pencawang eletrik demi membiyai kos isterinya bersalin. Difahamkan, suspek berusia 24 tahun itu aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak dua bulan lalu selain turut menyamar sebagai petugas syarikat elektrik Indonesia iaitu Perusahaan Listrik Negara (PLN).

Curi Kabel Elektrik Demi Biayai Kos Isteri Bersalin, Suami Tumpas Dicekup Polis

Curi Kabel Elektrik Demi Biayai Kos Isteri Bersalin, Suami Tumpas Dicekup Polis
Gambar Sekadar Hiasan

Teknik itu dipelajari daripada seorang rakan..

Ketika ditahan pihak berkuasa pada Rabu lalu, dia mendedahkan tindakan itu dilakukan selepas mendapat ‘terjebak’ bersama rakannya yang terlebih dahulu melakukan hal tersebut. Malah keadaan mendesak di tengah pandemik COVID-19 telah memaksanya memilih jalan tersebut bagi memboleh dia membiayai keperluan keluarga.


Curi Kabel Elektrik Demi Biayai Kos Isteri Bersalin, Suami Tumpas Dicekup Polis

Curi Kabel Elektrik Demi Biayai Kos Isteri Bersalin, Suami Tumpas Dicekup Polis
Kredit Foto : Kompas.com

Nilai kerujian berjumlah RM9,245

Menurut suspek, hasil curian itu dijual kepada pengumpul kabel dengan harga 50,000 rupiah (RM14.90) bagi setiap kilogram. Sementara itu, Ketua Sub Direktorat Polis Daerah Sulawesi Selatan mengesahkan bahawa suspek bersama beberapa rakannya yang lain didapati bersalah berikutan terlibat dengan 32 insiden kecurian di sekitar kawasan tersebut.

Curi Kabel Elektrik Demi Biayai Kos Isteri Bersalin, Suami Tumpas Dicekup Polis

Curi Kabel Elektrik Demi Biayai Kos Isteri Bersalin, Suami Tumpas Dicekup Polis
Gambar Sekadar Hiasan

 

Sumber : Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!