Artis Viral

Curi Rakam Dari Bawah Meja, Norreen Ketakutan Tengok Babak Jad Tengking Arumi

Curi Rakam Dari Bawah Meja, Norreen Ketakutan Tengok Babak Jad Tengking Arumi

Norreen Iman yang membawa watak Izzati turut menjadi penyeri utama dalam drama TV3 berjudul ‘Bisik Bisik Gelora’. Di sebalik rumah tangga adiknya yang nampak begitu bahagia, Kak Ati sebenarnya tidak tahu Jad suka memarahi dan melayani Arumi dengan begitu teruk. Meskipun belum tahap naik tangan, hidup wanita tersebut tak ubah seperti mengemis kasih suami sendiri.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Aku sembunyi bawah meja, aku takut

Dalam sebuah video yang dikongsikan semalam, Norreen sempat merakam sebuah babak di sebalik tabir menyaksikan Redza Rosli, Raysha Rizrose dan Afifah Nasir sedang menjayakan watak masing-masing. Dalam keadaan Arumi yang sudah duduk terjelepok di atas lantai, Jad terus menengking dengan kuat sebelum membaling sudu garpu ke lantai. Mendengar gemaan suara marah itu, Norreen juga menjadi ketakutan saat berselindung di bawah meja.

Tengok dari awal episod, awak tak rasa mencabar ke watak yang saya bawa ni?

Menjawab persoalan mengenai pembawaan watak suami yang hot temper dalam drama kali ini, Redza Rosli akui dia sukakan cabaran dalam bekerja. Setakat ini, video penggambaran itu sudah berjaya meraih lebih 75,000 jumlah tontonan daripada netizen.

Curi Rakam Dari Bawah Meja, Norreen Ketakutan Tengok Babak Jad Tengking Arumi

Curi Rakam Dari Bawah Meja, Norreen Ketakutan Tengok Babak Jad Tengking Arumi

Curi Rakam Dari Bawah Meja, Norreen Ketakutan Tengok Babak Jad Tengking Arumi

Jiran yang dekat rumah kondo tu mesti lega Jad pindah…Hari-hari memekak je kerjanya

Menerusi ruangan komen, ramai yang turut merasai ketegangan babak itu lantas tertekan melihat watak Jad tidak habis-habis menjerit. Dalam pada itu, ada yang sempat terhibur dengan reaksi muka Norreen.

Curi Rakam Dari Bawah Meja, Norreen Ketakutan Tengok Babak Jad Tengking Arumi

Curi Rakam Dari Bawah Meja, Norreen Ketakutan Tengok Babak Jad Tengking Arumi

Curi Rakam Dari Bawah Meja, Norreen Ketakutan Tengok Babak Jad Tengking Arumi

Kredit : Instagram Redza Rosli

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Curi Rakam Dari Bawah Meja, Norreen Ketakutan Tengok Babak Jad Tengking Arumi

Facebook

Telegram