“Daddy Sayang Manda..”- Anak Angkat Dituntut Keluarga Kandung, Bapa Luah Sebak!

“Kerana terpaksa aku relakan”, itulah gambaran yang paling tepat apabila berlakunya perpisahan lebih-lebih lagi yang melibatkan soal keluarga. Baru-baru ini, seorang lelaki yang bernama Shaz Ariffin telah meluahkan rasa sebak apabila anak angkatnya yang bernama Amanda Qaleesya telah dituntut semula oleh keluarga kandungnya dari negara seberang. Menerusi posting di FB miliknya semalam, dia juga sempat berkongsi foto mereka sekeluarga untuk kali yang terakhir sambil menceritakan kisah mereka bersama selama 7 tahun yang lalu.

BACA: Isteri Sedih Teruk Kehilangan Anak Pertama, Suami Sanggup Ambil Cuti Setahun!

Mungkin ini gambar terakhir kita…kami cuba senyum lepas nangis

Dia nangis tak nak pergi…tapi mak dia ada hak & aku tak boleh buat apa

Sebaik dimaklumkan mengenai berita ini, anak kecil itu merupakan orang yang paling sedih kerana dia juga tidak mahu berpisah dengan keluarga 3 beranak ini. Menurut Shaz lagi, dia amat merindui semua detik ketika Amanda bermain bersama anak lelakinya iaitu Ryqarls. Malah tarikh hari jadi mereka juga sama walaupun berbeza satu bulan sahaja. Namun Amanda akhirnya faham yang dia perlu tinggal bersama dengan keluarga asalnya.

Mommy akan simpan smpai bila-bila. Kalau Manda balik, Mommy nak tunjuk kat Manda..

Daddy sayang Manda…Satu hari nanti kalau ingat kat Daddy & Mami carilah kami

Gara-gara kesal kejadian sebegini berlaku dalam hidupnya, Shaz turut menyatakan bahawa inilah risiko yang perlu dihadapi oleh setiap ibu bapa angkat. Meskipun dia boleh memfailkan saman ganti rugi terhadap pihak keluarga di sana, namun mereka mengambil keputusan untuk tidak melakukannya kerana Amanda tetap tidak akan bersama dengan mereka lagi selepas ini. Dia turut berharap agar kanak-kanak perempuan itu tidak akan lupa dengan keluarganya dan berharap agar diberikan kesempatan untuk bertemu lagi selepas ini.

Sumber: FB Prince Shaz Ariffin

Apa Komen Anda?