Viral Inspirasi

“Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam Jangan Canang Sana Sini” – Puteri Sarah

“Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam Jangan Canang Sana Sini” – Puteri Sarah

Setelah menerima provokasi bertubi-tubi daripada pihak ketiga yang mengacau rumah tangganya, Puteri Sarah pada hari ini akhirnya memfailkan 2 jenis saman (harrasment & nuisance) sebelum ditemui di mahkamah sebentar tadi. Peguam mewakili artis wanita ini menjelaskan tindakan tegas itu diambil supaya defendan berhenti menghantar atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial sama ada olehnya sendiri atau ‘ejen’ lain yang seangkatan.

BACA : Lepas 4 Tahun Jika Itu Takdirnya, Itulah..Halang Pun Tak Guna Puteri Sarah

Sampai bila Sarah nak kena pijak?…Dah ambil orang punya, duduk diam-diam…Jangan dah ambil, canang sana sini (minit 5:23)

Selepas pulang daripada mengerjakan umrah tempoh lalu, pelakon ini akui dia seakan-akan terbuka mata untuk melakukan tindakan yang sewajarnya. Enggan lagi dirinya terus ditekan oleh pihak sana, apa yang dilakukan sekarang adalah demi mempertahankan hak dan maruah sebagai seorang wanita bergelar isteri.

“Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam Jangan Canang Sana Sini” – Puteri Sarah

4 tahun saya diam cuba bagi peluang tak perlu 1 Malaysia tahu…Orang kata Sarah buka aib (minit 7:50)

Sudah 4 tahun berendam dengan air mata, Puteri Sarah mendedahkan sebenarnya dia pun tidak mahu isu menjadi sebesar sampai begini sekali. Pernah cuba menyelesaikan dengan cara lebih ‘damai’, namun kesabaran ibu 2 anak ini diuji dengan teruk memandangkan wanita ketiga itu terus mencabar dan bertindak biadap.

“Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam Jangan Canang Sana Sini” – Puteri Sarah

Saya bukan budak tepi jalan you nak pijak maruah I...Semua sokong Sarah, janji Sarah buat benda betul (minit 9:00)

Dalam pada itu, dia bersyukur kerana ahli keluarga terdekat termasuklah pihak mentua sendiri sangat memberikan sokongan kepadanya berkenaan tindakan saman ini. Berkenaan keadaan anak sulungnya yang kurang sihat, Sarah akui suaminya ada datang melawat. Melalui perjuangan menuntut keadilan ini, aktres tersebut berharap ia bakal membuka jalan kepada para isteri teraniaya di luar sana untuk lebih berani bertindak.

Kredit : FB Harian Metro

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam Jangan Canang Sana Sini” – Puteri Sarah

Facebook

Telegram

Facemask For Kids