Kehidupan Isu Semasa

Dah Bagi Bukti, Lelaki Sedih Dipecat Lepas Majikan Tak Percaya Rumah Banjir

Dah Bagi Bukti, Lelaki Sedih Dipecat Lepas Majikan Tak Percaya Rumah Banjir

Setiap kali musim tengkujuh, keadaan rumah penduduk yang terkesan dengan banjir tidak dinafikan amat menyedihkan. Bencana alam yang berlaku sekitar bulan lepas menyebabkan ramai orang terpaksa menghadapi kerugian berlipat kali ganda dan bermula dari awal kembali. Lebih menyedihkan, ada juga individu kurang bernasib baik dibuang dari tempat kerjanya.


BACA: Utamakan Orang Lain Terjejas Banjir, Bomba Terkilan Tak Sempat Tolong Anak Bini

Tunggu bantuan baju sekolah…Hidup kena sabar, rumah tak clear lagi

Satu perkongsian video dari MyFundAction  telah mendapat perhatian warganet ketika menemu bual seorang penerima bantuan di tempat pengagihan sumbangan. Menurut lelaki berkenaan, keperluan sekolah tersebut diambil untuk kedua-dua anaknya yang berumur 8 dan 11 tahun. Walaupun air banjir sudah pun lama surut, namun rumahnya masih belum bersih dengan sempurna.


Dah Bagi Bukti, Lelaki Sedih Dipecat Lepas Majikan Tak Percaya Rumah Banjir
Gambar sekadar hiasan
Dah Bagi Bukti, Lelaki Sedih Dipecat Lepas Majikan Tak Percaya Rumah Banjir
Gambar sekadar hiasan

Saya dah bagitahu kena banjir…Tapi majikan tak percaya, tak tahu macam mana nak mengadu

‘Malang tidak berbau’, inilah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan nasib penerima sumbangan berkenaan. Dia baru dibuang kerja oleh majikannya atas sebab tidak masuk bertugas. Menurutnya, permohonan cuti telah pun dibuat dan bukti rumahnya terjejas dengan banjir juga sudah diberikan. Namun, majikannya tidak percaya dan enggan membayar RM1500 kepadanya.


@myfundaction

Stay strong our pejuang nafkah 💪🏼 #pascabanjir

♬ original sound – MyFundAction – MyFundAction

Ya Allah, menangis dengar…Abang saya pun pernah kena buang, padahal sebab anak tak sihat

Sejak dikongsikan semalam, video temu bual itu telah meraih 1.1 juta jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar ujian yang terpaksa dihadapi lelaki berkenaan. Rupa-rupanya ada juga yang berkongsikan pengalaman kenalan mereka dibuang kerja walaupun mempunyai alasan bercuti yang kukuh.

Dah Bagi Bukti, Lelaki Sedih Dipecat Lepas Majikan Tak Percaya Rumah Banjir

Dah Bagi Bukti, Lelaki Sedih Dipecat Lepas Majikan Tak Percaya Rumah Banjir

Dah Bagi Bukti, Lelaki Sedih Dipecat Lepas Majikan Tak Percaya Rumah Banjir

Dah Bagi Bukti, Lelaki Sedih Dipecat Lepas Majikan Tak Percaya Rumah Banjir

Kredit: TikTok MyFundAction

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dah Bagi Bukti, Lelaki Sedih Dipecat Lepas Majikan Tak Percaya Rumah Banjir

Facebook

Telegram