Malam tadi, drama bersiri yang ditunggu-tunggu netizen sekian lama telah mula dimainkan di TV3 pada jam 10 malam di slot Samarinda. Pelbagai reaksi dan respon netizen dapat dilihat di media sosial berkaitan tayangan drama Nur 2 ini. Selain watak Juita yang menjadi bualan hangat, kesalahan bacaan Al-Quran yang disedari seorang individu ini telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Harap tuan dapat menyemak terlebih dahulu bacaan Al-Quran
Kpd tuan penerbit @tv3malaysia, saya berharap tuan dpt menyemak terlebih dahulu bacaan Al-Quran pd awal babak ep. 1 kerana terdapat bbrp kesalahan yg besar dan jelas. Petikan bacaan dari Surah Ali-Imran (96-99) pic.twitter.com/5oLA6x2YH1
— عفيفي (@ibnuhassan96) April 2, 2019
Menurut individu bernama Afifi Hassan ini, bacaan ayat Al-Quran yang dipetik dari Surah Ali-Imraan ayat 96-99 di awal tayangan spisod sulung itu mempunyai beberapa kesalahan besar dan jelas.
Kesalahan jelas tertukar/tambah kalimat
Susulan teguran itu, pengarah drama Nur 2, Shahrulezad Mohameddin melalui laman Instagramnya mengaku bersalah dan memohon maaf atas kekhilafan tersebut.
Abang dah buat sangkak.. bertanggungjawab sepenuhnya
Ayat Al-Quran bukan boleh dibuat silap.. esok bakal ditanya
Sebagai pengarah, Shahrulezad yang bertanggungjawab atas kesalahan itu telah mengarahkan pihak produksi untuk merakam semula bacaan tersebut dan digantikan semula untuk tayangan di saluran Tonton dan iflix.
Yang khilaf dari abang.. ampun dan maaf
Sumber: Instagram budakijat, Twitter pipi_shoubrawi
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
