Dalam kehidupan seharian, tidur itu penting bagi setiap orang. Tambahan pula bagi sesetengah pihak, bantal busuk adalah penting untuk mendapatkan tidur yang lebih lena. Akan tetapi, tahukah bahawa tahap kebersihan bantal juga boleh memberi kesan terhadap kondisi kesihatan kita?
BACA: Lebam & Gatal Berminggu-Minggu, Ingatkan Serpihan Kayu Biasa Rupanya Kamitetep
Sel kulit yang tertinggal akan jadi makanan hama & kutu kecil
Menerusi Facebook Public Health Malaysia, bantal sebenarnya mempunyai pelbagai benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti kulat, bakteria, sel kulit dan sisa air liur. Bagi yang tidak mengetahui, sel kulit tertinggal biasanya akan menjadi makanan hama dan kutu kecil.

Tukar sarung at least 1-2 minggu
Tidak cukup dengan itu, haiwan kecil ini akan tinggalkan najis mereka dan timbullah gejala alahan seperti batuk, bersin dan selsema apabila bangun tidur. Oleh itu, adalah disarankan untuk menukar sarung setiap 1-2 minggu dan menukar bantal setiap 6 bulan. Menjemur di bawah cahaya matahari terik juga berkesan menghapuskan bakteria dan menyebabkan binatang kecil yang telah ‘berkampung’ untuk melarikan diri.


Breakout boleh jadi teruk jika tak basuh bantal
Selain itu, orang ramai hendaklah membasuh dan menukar sarung dengan lebih kerap jika mempunyai masalah jerawat. Hal ini dikhuatiri, kita berpotensi untuk mengalami masalah breakout yang lebih teruk jika tidak menjaga kebersihan tempat tidur sendiri.

Sumber: FB Public Health Malaysia
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura