Dah Kantoi Simpan Beruang, Penyanyi Ini Dikecam Selepas Bagi Alasan Mengarut!

Baru-baru ini, seorang penyanyi rock yang lebih mesra dikenali dengan nama Pia telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana menyimpan seekor beruang di kediamannya. Perkara itu mula hangat diperkatakan apabila kelibat beruang yang mula membuat bising telah berjaya dirakam oleh jiran di kediaman tersebut. Dalam pada itu, Pia sempat membuat maklum balas tentang isu yang terpalit dengan dirinya ini. 

Baca : Lemang Periuk Kera Sebenarnya Tak Elok.. Rupanya Jadi Jamban Tupai Kelawar!

Penyanyi wanita ditahan lepas kantoi simpan beruang…

Menceritakan semula detik bertemu beruang tersebut, Pia pada awalnya tersalah anggap ia sebagai anjing. Niatnya hanya mahu membantu, namun semuanya sudah viral sebelum dia sempat menyerahkan haiwan tersebut kepada pihak berkaitan.

Beruang tu tak pernah bertindak agresif…

Dalam pada itu menerusi Instagramnya, Pia juga sempat meminta maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukannya. Ketika masih menyimpan beruang berkenaan, Pia juga mendedahkan dia telah menjaganya dengan sangat baik.

Tak terdetik di hati untuk menyakiti…

View this post on Instagram

Tidak terdetik di hati untuk menyakiti , niat di hati nak melindungi tapi ini takdir ilahi takpe bruno , kita pasti berjumpa lagi 🐻🐻 . . . . Aku bukan jenis bangun pagi Ke kelab malam cari rezeki tapi kerana kau, aku jaga macam bayi skali lagi ini takdir ilahi semoga bruno di rahmati 🐻🐻 . . . Buat rakyat Malaysia yang dihormati terima kasih atas segala teguran yang diberi.. harap saya dapat memperbaiki diri Moga lebih berhati-hati . . . . ini juga takdir ilahi kerana saya insan sedar diri dan juga dengan rendah diri Saya pohon sepuluh jari maaf kan lah kekhilafan saya ini. . . . #prayforbruno #prayforloveandpeace #oohhpiaa #luff #peace #respect #behumble #bekind #begood #stayhumble #frankolandmanagement #mummybear #bruno #bearbruno #staylow #forgivemeplease

A post shared by Cik Pia (Zarith Sofia Yasin) (@oohhpiaa) on

Namun jawapan balas yang diberikan Pia mula dikecam ramai. Walaupun masalah ini sudah semakin reda, netizen seakan tidak dapat menerima hakikat tentang kenyataan Pia yang tidak tahu sebenarnya haiwan tersebut adalah beruang dan bukannya anjing seperti yang disangkakan sebelum ini. 

Kot ye pun nak bagi alasan, biarlah cerdik sikit…

Bunyi mengaum macam tu, takkan la anjing

Anjing dengan beruang tak dapat beza…Tak agak-agak nak menipu

Sumber : Youtube Bernama WebTV, Instagram Sisturz Stalker dan Cik Pia

Apa Komen Anda?