“Dah La Kerja Kilang, Boleh Ke Hidup?” – Tak Melatah, Malah Rezeki Makin Luas

Pada zaman masa kini, agak sukar sebenarnya jika sesetengah orang memilih untuk berkahwin pada usia muda. Selain perlu lengkapkan diri dengan bermacam persediaan sebelum bergelar suami atau isteri, ada juga yang risau tidak kuat bagi menghadapi bermacam-macam dugaan selepas mendirikan rumah tangga. Mana taknya, sekarang kan ramai makcik dan pakcik bawang yang suka jaga tepi kain orang daripada kain sendiri.

BACA: Jangan Teruskan Bercinta Jika Si Dia Kaki Mencarut, Tak Layak Dibuat Suami!

Dulu orang mengata…kerja kilang mengandung pulak, boleh ke nak hidup?

Itulah yang dihadapi oleh seorang ibu muda bernama Khadijah yang baru sahaja melahirkan anak sulungnya pada tahun ini. Menerusi thread panjang di laman Twitter miliknya, dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana mengaturkan kehidupan yang baik buat keluarga kecilnya ini.  

Suami kerja biasa tapi rajin buat OT…siapa je tak sayang orang macam ni?

Meskipun mereka berdua tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi, namun Khadijah sangat bersyukur kerana suaminya sangat rajin mencari wang sejak zaman percintaan mereka lagi. Dia turut menyifatkan kelahiran anak lelakinya itu sebagai anugerah teristimewa dan telah menambahkan rezeki keluarga mereka.

Sebelum kahwin main kutu…pelamin & baju semua bayar ansuran

Pokok pangkalnya, semua suami isteri perlu sentiasa bersyukur dengan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi ahli keluarga masing-masing. Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen yang kagum dengan kisah rumah tangga ini. Menurut mereka, rezeki itu tak pernah salah alamat dan Khadijah sangat beruntung kerana dikurniakan seorang suami yang cukup penyayang dan rajin.

Sumber: Twitter katyylulu

Apa Komen Anda?