“Dah Majlis Ke? Tak Ajak Pun”- Wanita Tegur Sikap Orang Bila Tak Dapat Jemputan

Sejak berakhirnya musim perayaan Aidilfitri beberapa minggu lalu, memang tidak dinafikan ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kahwin mahupun pertunangan. Pendek kata, setiap minggu pasti ada sahaja undangan yang diterima. Namun, ada juga yang tiba-tiba sudah melangsungkan majlis istimewa itu di luar pengetahuan kita kerana tidak dijemput. Namun malangnya, pihak yang selalu berada dalam situasi ini memberikan komen atau ucapan bernada sindiran kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga seperti paparan di bawah.

BACA: “Tolong Diam Masa Makeup!” – MUA Ini Ada Teguran Khas Buat Bakal Pengantin

Tahniah…maaf tak hadir sebab tak dijemput

Gambar sekadar hiasan

Dah kalau tak ajak tu…tak payah la gatal mulut cakap macam tu

Terpanggil dengan situasi tersebut, seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama @nuraminaKz ini membuat satu teguran kepada masyarakat yang pernah ‘sentap’ apabila tidak diundang ke perkahwinan kenalan mereka.

Sometimes bila dah ramai sangat kenalan…ada juga yang terlepas pandang

Menurut wanita berusia 25 tahun ini, dia sangat hairan mengapa para pengantin dilemparkan komen negatif seperti itu. Sedangkan setiap pengantin berhak untuk memberikan jemputan kepada siapa pun yang dimahukan kerana itu adalah majlis mereka sendiri. Selain itu, perkara ini juga mungkin boleh terjadi akibat kesilapan manusia seperti terlupa atau terlepas pandang mengenai senarai jemputan gara-gara sibuk menguruskan persiapan lain. Ringkasnya, jemput atau tidak kita ucapkan sahaja tahniah kepada semua pengantin baru. 

Sumber: Twitter nuramalinaKz

 

Apa Komen Anda?