“Dah Menyakiti Orang Rumah Siap Enjoy, Tetap Dia Juga Yang Datang Pada Saya”

Alam perkahwinan mengajar setiap orang tentang erti tanggungjawab yang perlu digalas dan ia bukanlah sesuatu yang remeh. Peranan membimbing bukan terletak pada suami sahaja, malah juga melibatkan isteri untuk saling bantu antara satu sama lain ketika berdepan ujian hidup. Begitulah yang terjadi dalam hidup lelaki ini. Meskipun selalu diuji, namun doa isteri telah membantunya kembali ke landasan yang benar. 

BACA: Ujian Ini Berat, Tapi.. Isteri Pertama Ulas Dai Farhan Nikah Janda Anak 8

Saya tak dapat tahan lagi rasa sebak dan menangis

Advertisement

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew, lelaki berkenaan dilihat menangis sehingga kehilangan kata-kata sewaktu menceritakan kisah hidupnya di depan khalayak ramai dalam sebuah acara motivasi.  Jelasnya, sebelum ini dia selalu menyakiti teman hidupnya serta sering terleka dengan urusan duniawi. Walau bagaimanapun, sampai satu saat dirinya seperti tersedar akan tindakan buruk yang telah dilakukan. 

View this post on Instagram

Advertisement

Doa seorang isteri yang ajaib. Allahuakbar. Saya tak dapat tahan lagi rasa sebak dan menangis. Rasa syukur pada Allah. Benar-benar terkesan perjuangan seorang kakak ni. Berkahwin dan membawa seorang suami seorang tentera. Asalnya bukan Islam kepada Islam. Beliau sentiasa berusaha membawa suami ke jalan Allah. Bersabar dan berdoa sehinggalah baru ini Allah kabulkan doanya. Hidayah bila hadir tiada siapa boleh tahan. Ia datang begitu sahaja. Akhirnya Allah beri kekuatan. Dihujung program keluargasunnah suaminya menangis tak berhenti dan rasa syukur dapat hadir walau awalnya dipaksa. Terus pergi kepada isterinya memeluknya dengan erat mengucap terima kaseh dan ucapan syukur. Allahuakbar. Tahniah kakak. Tahniah abang. Abang hebat kerana ucap begini-ebitlew #keluargasunnah #perbaikiDiri #prokidsKemCutiSekolah

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Advertisement

Doa seorang isteri yang ajaib

Suami wanita tersebut asalnya seorang tentera dan bukan dilahirkan dalam keluarga Islam. Namun berkat kecekalan dan bimbingan isterinya, lelaki itu kini sudah pun menemui jalan Allah. Ustaz berkenaan turut dilihat mendakapnya dengan memberikan kata-kata semangat sambil mengatakan bahawa setiap orang melakukan kesilapan tetapi Allah itu Maha Pengampun. Dengan nada sebak, lelaki itu kemudiannya memeluk si isteri sambil mengucapkan terima kasih sebagai tanda bersyukur akan kehadirannya di sisi. 

Advertisement

Sumber: Instagram Ebit Lew 

 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?