“Dah Mula Tak Suka Dapur”- Sejak Kahwin Rajin Up Video Masak, Rupanya Fasha..

Jika anda peminat setia Fasha Sandha, pasti anda perasan sejak berkahwin ini dia rajin memuat naik video masakan di Instagram. Ala-ala Eina Azman, Fasha pula tampil dengan hashtag ‘tak sempurna by Fasha Sandha’ dalam setiap vide0 masakan yang dihasilkan. Meskipun resepinya serba ringkas dan banyak bertemakan seIera kampung, namun peminat nampaknya begitu menyukai cara masakan aktres ini.

BACA: ‘Jaga Adab!’ – Jasmin Hamid Berang, Netizen Samakan Masakannya Dengan Najis

Kari kepala ikan

View this post on Instagram

Kari kepala ikan NyokNyok ala Kola Perlis #taksempurnabyfashasandha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

 

Ayam masak kunyit

View this post on Instagram

Masak cara pemalas 😁 . . #taksempurnabyfashasandha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Antara masakan renyah nak masak

Nama pun tak sempurna, so I masak cara I 

Fasha juga sebelum ini pernah menjelaskan cara masakannya apabila ada segeIintir netizen yang mempertikaikan perkara itu. Apa yang penting bagi Fasha adalah setiap orang memiliki cara masing-masing dan asalkan keluarga selesa dengan air tangannya.

Walaupun padat dengan jadual tugas sebagai pelakon, namun Fasha tidak lupa tanggungjawabnya untuk menyediakan makanan buat keluarga sebelum keluar berkerja. Malah difahamkan dia juga tidak culas dengan tugas itu walaupun ketika sedang berbadan dua dan tidak sihat seperti dahulu. 

Sebalik video masakan yang sering dikongsikan, siapa sangka rupanya Fasha sedang berlawan dengan perasaan ‘mula benci masuk dapur’ seperti kebanyakkan isteri yang berbadan dua semasa awal kehamilan. Malah dalam kebanyakkan video masakannya, dapat didengar suara Fasha yang seakan-akan kurang sihat. 

Dah mula rasa tak suka dapur.. tolong

Sekarang tak lalu dah tengok kuali dan dapur

Walaupun hal berkenaan kandungannya belum dipastikan, namun Fasha pernah memberi hint kepada peminatnya tentang perkara itu selepas beberapa bulan keguguran. 

Berlima.. InsyaAllah

View this post on Instagram

Berlima ♥️ . . . . #insyaallah 🧕 @nazeera_hq

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Sumber: IG fashasandha

Apa Komen Anda?