Kucing memang terkenal dengan sikap yang gemar memanjat sana dan ke sini terutamanya pokok. Kuku haiwan berkenaan yang tajam memberikan cengkaman kuat sehingga mereka mampu naik ke tempat tinggi. Namun selepas seronok memanjat, ada juga haiwan tersebut yang tidak tahu untuk turun daripada tempat tinggi. Sampai satu tahap, manusia pula yang perlu memberikan bantuan kecemasan untuk menurunkan ‘si bulus’ ini.
BACA:Â Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula
Dah terperangkap atas pokok selama beberapa hari, dakap kaki penyelamat erat sambil mengiau kuat
Kejadian sama turut dikongsikan oleh South China Morning Post yang menunjukkan seekor kucing berbulu kelabu sedang diselamatkan oleh seorang lelaki daripada pokok. Haiwan terbabit dikatakan terperangkap di atas pokok selama beberapa hari. Jika diperhatikan, si comel ini kelihatan mendakap erat dan seperti enggan melepaskan kaki penyelamatnya. Selain itu, kucing berkenaan turut mengiau dengan kuat mungkin kerana takut akan ketinggian.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Ada rasa fobia dengan ketinggian, macam manusia pulak dia
Secara keseluruhannya, video berdurasi seminit 6 saat itu meraih lebih 100 ribu tontonan dan 1 ribu perkongsian di laman Facebook setakat ini. Menjengah di ruangan komen, rakaman terbabit mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen. Rata-rata mereka tidak sangka bahawa kucing pun mempunyai sifat fobia ketinggian seperti manusia.
Sumber: FB South China Morning Post
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura