Dah Tak Dapat Kerja, Dibalas Makian Pula – Wanita Dedah Perangai Budak Sekarang

Tiada jalan singkat untuk berjaya. Tambahan lagi, nak mencari kerja sekarang bukannya senang. Kelayakan seperti ijazah dan diploma bukan jaminan untuk mendapat pekerjaan. Yang penting, sopan santun ketika menghadiri temuduga itu perlu diutamakan. Namun, lain pula pendedahan yang dibuat oleh seorang pemilik Twitter yang menggunakan nama akaun @norazaurus apabila dia memuat naik ‘screen shot’ emel balas daripada seorang calon temuduga ini. 

Baca: Pakai Tie Bunga – Datang Temuduga SPA, Tapi Penampilan Macam Budak Sekolah

Dalam posting berkenaan, seorang calon yang memohon jawatan sebagai Drafter di sebuah syarikat ini telah memberi respon yang ‘kurang enak’ dibaca apabila permoh0nan dia disitu tidak diterima. Lagi mengeruhkan keadaan kerana surat terbabit dipercayai surat rasmi daripada syarikat dan tiada apa-apa yang mendatangkan kemarahan daripadanya.

Ada kemahiran tapi tiada adab

Menurut wanita ini, dia menyindir sikap sebahagian pemohon kerja sekarang ini yang bersikap tidak profesional apabila permohonan kerja mereka ditolak. Tambahnya, calon mungkin mempunyai kemahiran tapi berbeza dari segi sikap kerana membalas respon syarikatnya dengan kata-kata kesat.

Gambar sekadar hiasan

Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 4 ribu jumlah retweets setakat ini. Di bahagian komen pula, rata-rata netizen turut menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan calon berkenaan. Menariknya lagi, ada diantara mereka yang sudi berkongsi jawapan yang lebih beretika kepada wakil syarikat sekiranya permohonan kerja gagal dan bukannya membalas dengan cara penulisan yang bernada kasar atau emosi seperti ditunjukkan pada posting berkenaan.

“Ucapkan penghargaan..”

“Gembira menghadiri interview”

Sumber: Twitter norazaurus

 

Apa Komen Anda?