Viral

Da’i Farhan Dijemput Ulas Isu Bermadu, Reaksi Norman & Elizad Pula Jadi Tumpuan

Da’i Farhan Dijemput Ulas Isu Bermadu, Reaksi Norman & Elizad Pula Jadi Tumpuan

Sharing is caring!

Meskipun kontroversi rumah tangga Da’i Farhan mendapat tentangan hebat dari orang ramai, namun pendakwah tersebut dan isteri barunya masih menerima pelbagai jemputan untuk muncul di kaca televisyen bagi memberi pandangan. Terbaru, kehadiran lelaki tersebut dalam sebuah rancangan TV turut mendapat reaksi yang sangat hebat apabila dia diminta mengulas tajuk ‘Janda Rebutan’ bersama seorang pakar motivasi iaitu Dr. Tengku Asmadi Tg Mohamad. 

BACA: Ustaz Farhan & Isteri Buka Mulut Ulas Kemelut Keluarga- Pahala Kami Bertambah

Sempat diaju soalan-soalan panas daripada hos

Rancangan berkenaan telah dihoskan oleh tiga orang pelakon iaitu Norman Hakim, Erra Fazira serta Siti Elizad. Pendakwah tersebut telah diajukan beberapa soalan mengenai perkahwinan terbarunya dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Dr Erin. Jelasnya, perkahwinannya ini adalah aturan terbaik ditetapkan Allah S.W.T malah turut mengakui pernah dilamar beberapa kali sebelum ini oleh wanita yang berlainan. Namun, hatinya lebih tergerak untuk memilih ibu tunggal kepada 8 orang anak itu. 


Tergelak kecil sewaktu memperkenalkan jemputan

Sepanjang rancangan tersebut berlangsung, Norman dan Elizad sempat dilihat mengusik pendakwah tersebut sambil tergelak kecil mendengar pandangan yang disuarakan olehnya. Lebih-lebih lagi lelaki berkenaan sedang menjadi bualan ramai setelah kenyataannya sebelum ini dijadikan ‘troll’ oleh pelbagai pihak termasuklah beberapa jenama terkenal di Malaysia. 

Da’i Farhan Dijemput Ulas Isu Bermadu, Reaksi Norman & Elizad Pula Jadi Tumpuan

Aku tengok Elizad pun meluat tengok muka dia

Rata-rata netizen juga turut menyedari perubahan yang berlaku pada reaksi wajah Elizad apabila pendakwah tersebut menjawab soalan tertentu. Mereka turut memuji tindakan Dr. Asmadi yang dilihat membidas sesetengah pandangan menerusi point bertepatan.


Da’i Farhan Dijemput Ulas Isu Bermadu, Reaksi Norman & Elizad Pula Jadi Tumpuan

Da’i Farhan Dijemput Ulas Isu Bermadu, Reaksi Norman & Elizad Pula Jadi Tumpuan

Da’i Farhan Dijemput Ulas Isu Bermadu, Reaksi Norman & Elizad Pula Jadi Tumpuan

Sumber: Facebook Mingguan Wanita & Zai Zafirah  


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!