Da’i Ulas Kecaman Netizen Sebab Kisah Tolak Lamaran 18 Wanita Jadi Isteri Kedua
Minggu lepas, kecoh di laman sosial mengenai dakwaan bahawa Da’i Farhan telah mengkhianati isterinya dengan berkahwin lagi satu di luar pengetahuannya. Semuanya tercetus apabila pendakwah berusia 29 tahun ini memuat naik foto pernikahan mereka yang berlangsung di Tanah Suci kira-kira 2 bulan lepas. Namun begitu, isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain juga menafikan kontroversi tersebut memandangkan mereka sudah bertentang mata serta saling bermaafan.
BACA: “Ujian Ini Berat, Tapi..” – Isteri Pertama Ulas Da’i Farhan Nikah Janda Anak 8
Ustaz reject sampai 18 orang
Tidak cukup dengan itu, nama juara program realiti Da’i musim kedua ini kembali hangat apabila menyatakan bahawa dia pernah dipelawa oleh 18 orang wanita untuk menjadi isteri kedua dalam hidupnya. Bagaimanapun dia terpaksa reject kesemua hasrat tersebut atas alasan tiada keperluan untuk membuat sedemikian rupa. Dalam temu bual itu juga, Da’i Farhan turut berkongsi antara faktor yang menyebabkan pintu hatinya terbuka kepada wanita ke-19 yang juga merupakan ibu tunggal kepada 8 orang anak.
Dasyatnya ustaz reject sampai 18 orang. Macam nak tarik telinga ustaz je. Hmmm. pic.twitter.com/gPdAW5Lwqe
Advertisement— شافيق زيكري (@mszikr) November 30, 2019
Sudah-sudah la tu Ustaz..
Meskipun niatnya sekadar untuk berkongsi kisah hidup, namun ternyata ramai netizen yang kurang senang terhadap kenyataannya. Malahan, ada yang mendakwa dirinya sebagai penunggang agama berdasarkan paparan pendek tersebut.
Ceritalah jujur macam mana pun…tetap disalah ertikan
Susulan pelbagai kecaman tersebut, Da’i Farhan bagaimanapun memilih untuk tidak ambil peduli tentangnya. Menerusi posting terbaru di laman Instagram, dia memaklumkan bahawa pihak yang melihat perkongsiannya secara positif pasti memperoleh manfaat dan begitulah juga yang sebaliknya. Katanya lagi apabila seseorang melakukan kebaikan atau keikhlasan sekali pun, tetap akan dipandang sinis oleh sesetengah masyarakat.
View this post on InstagramAdvertisement
Sumber: IG daifarhan & Twitter mszikr
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI