Hiburan Isu Semasa

Nama Tercemar Kerana Difitnah Tagih Bantuan, Fizo Omar Bakal Ambil Tindakan

Nama Tercemar Kerana Difitnah Tagih Bantuan, Fizo Omar Bakal Ambil Tindakan

Sharing is caring!

Beberapa hari lepas, industri hiburan tanah air kecoh tentang segelintir selebriti yang meminta bantuan khas daripada kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Isu tersebut telah menjadi hangat sehingga menimbulkan perbalahan antara netizen dan artis. Tidak ketinggalan, pelakon Fizo Omar turut terkan bahangnya. Maka dia telah membuat sedikit penjelasan di laman Facebook miliknya.

BACA : “Mereka Perlu Ada Prinsip” – Pelakon Veteran Roslan Salleh ‘Tegur’ Artis Baru


Nama Tercemar Kerana Difitnah Tagih Bantuan, Fizo Omar Bakal Ambil Tindakan

Akan ambil tindakan undang-undang

Menurut Fizo, tuduhan bahawa dia meminta-minta bantuan daripada kerajaan itu berniat jahat dan telah menjatuhkan maruahnya serta keluarga. Malah dia juga menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menabur fitnah tersebut. Selain itu, pelakon berkenaan turut meminta mereka yang melemparkan tuduhan terhadapnya supaya menarik balik kenyataan itu.

Nama Tercemar Kerana Difitnah Tagih Bantuan, Fizo Omar Bakal Ambil Tindakan

Semua ini salah faham

Menurut pelakon drama ‘Maaf Tak Indah’ itu, kenyataannya sebelum ini telah menimbulkan salah faham antara peminat dan rakan selebriti. Fizo mendakwa kenyataannya itu adalah lebih menfokuskan kepada krew belakang tabir industri hiburan dan juga artis veteran yang tidak lagi berkemampuan untuk mencari rezeki. Selain itu, dia juga memohon maaf diatas tindakannya sebelum ini jika telah mengguris hati sesetengah pihak. Pelakon tersebut turut meminta semua pihak menghentikan isu tersebut dan memohon kepada Tuhan agar penularan wabak COVID-19 ini dapat dihapuskan dengan segera.


Sumber : Facebook Fizo Omar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Nama Tercemar Kerana Difitnah Tagih Bantuan, Fizo Omar Bakal Ambil Tindakan

Sharing is caring!