“Dalam 1 Rumah Tak Boleh Ada 2 Raja & Permaisuri, Utamakan Privasi Keluarga”

Baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan berita perpisahan beberapa orang selebriti tempatan yang mana rata-ratanya mempunyai anak atau keluarga yang baru terbina. Meskipun rata-rata mereka sudah boleh menerima hakikat tentang takdir masing-masing namun perkara ini nampaknya telah menarik minat ramai untuk mengulas atau memberikan pendapat masing-masing tentang trend ini. Antaranya adalah seperti perkongsian daripada seorang wanita di laman Twitter baru-baru ini.

BACA: Jangan Teruskan Bercinta Jika Si Dia Kaki Mencarut, Tak Layak Dibuat Suami!

Gambar sekadar hiasan

Dalam 1 rumah…tak boleh ada 2 raja dan 2 permaisuri

Berdasarkan pengalaman hidupnya, wanita ini menyatakan bahawa tinggal berasingan dengan ibu bapa mana-mana belah pihak lebih mendatangkan kebaikan daripada mudarat terhadap keluarga secara keseluruhan. Sekiranya mereka perlu perhatian atau tumpuan daripada kita, maka bolehlah tinggal dekat dengan rumah mereka.

Kalau nak taat, taat pada yang berhak…sebelum jadi taat, jadi bijak dulu

Walaupun perkara ini mungkin kelihatan agak ‘kasar’ bagi sesetengah orang, namun menurutnya amalan seperti ini hanya dapat mengelakkan lagi konflik yang berlaku dalam rumah tangga angkara pihak ketiga. Malah dia turut berpegang pada pesanan ibunya agar sentiasa mempertahankan hak sebagai seorang isteri walaupun syurga seorang anak itu di bawah tapak kaki ibunya, Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan wanita ini selain turut memberikan nasihat agar kita berkenalan betul-betul dahulu sebelum mengahwini anak mereka.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter AisuruHikari

Apa Komen Anda?