Viral

Bayi Perempuan Dalam Plastik Rupanya Masih Hidup, Tergamak Dihumban Ke Parit

Bayi Perempuan Dalam Plastik Rupanya Masih Hidup, Tergamak Dihumban Ke Parit

Saban hari, ada sahaja berita tentang isu pengabaian bayi dilaporkan dalam media sosial. Walaupun telah banyak kempen kesedaran diadakan mengenai perkara ini, namun masih saja masalah tersebut berlarutan sehingga ke hari ini. Itulah yang terjadi di Johor apabila ada satu penemuan bayi dilaporkan.


BACA: Tak Sampai Hati Lihat Bayi Didukung Naik Motor, Pak Nil Ajak Tumpang Kereta

Ditemui berbungkus plastik nipis dalam sebuah parit

Menerusi laporan Berita Harian, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat telah ditemui di sekitar kawasan parit. Kejadian yang berlaku di Kampung Solok, Tangkak itu sangat mengejutkan apatah lagi dengan keadaan bayi berkenaan hanya dibungkus dengan plastik nipis.

Bayi Perempuan Dalam Plastik Rupanya Masih Hidup, Tergamak Dihumban Ke Parit

Kanak-kanak terdengar tangisan bayi waktu pulang mengaji

Si kecil berkenaan dipercayai telah dilahirkan kurang 24 jam dari waktu ditemukan orang awam. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.18 petang apabila pihak berkuasa telah menerima satu panggilan melaporkan tentang penemuan itu. Seorang lelaki telah mendakwa anaknya mendengar tangisan bayi berkenaan sewaktu pulang dari mengaji kira-kira 50 meter dari kediamannya.


Bayi Perempuan Dalam Plastik Rupanya Masih Hidup, Tergamak Dihumban Ke Parit

Bayi Perempuan Dalam Plastik Rupanya Masih Hidup, Tergamak Dihumban Ke Parit

Bayi dalam keadaan stabil dan dibawa ke pusat rawatan

Setelah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pihak kakitangan perubatan, bayi yang masih tidak diketahui status latar belakang itu disahkan berada dalam keadaan stabil dan terus dibawa ke pusat rawatan terdekat. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut dan mencari pelakunya.


Bayi Perempuan Dalam Plastik Rupanya Masih Hidup, Tergamak Dihumban Ke Parit

Bayi Perempuan Dalam Plastik Rupanya Masih Hidup, Tergamak Dihumban Ke Parit

Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, Berita Harian & Twitter redzuanNewsMPB

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bayi Perempuan Dalam Plastik Rupanya Masih Hidup, Tergamak Dihumban Ke Parit

Facebook

Telegram