Biasanya apabila menghampiri siri usia 40 tahun, kebanyakan wanita akan mengelak daripada hamil kerana risau kemungkinan buruk yang boleh berlaku. Namun jika Allah sudah berkehendak, rezeki zuriat yang diberi sudah pasti membawa lebih banyak keberkatan dalam keluarga khususnya buat anak-anak lain.
BACA :Â Tangisan Wanita Tunggu Bersalin, Minta Datang Azankan Bayi Tapi Suami Tak Endah
Hargai bila masih ada…Bila dah pergi, menangis
Itulah satu kata paling sesuai menggambarkan situasi pemuda bernama Haikal ini. Siapa sangka di usia 21 tahun, dia bahagia setelah ibunya selamat bersalin anak kelima sekali gus memberinya adik baru. Rakaman cemas ketika mereka meredah trafik dalam keadaan wanita itu contraction cukup menyesakkan dada.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@_gneraljoe Replying to @Syaaa🦋 inshaAllah amin
@_gneraljoe Replying to @ieqaa_s hargai selagi masih ada , bila sudah pergi menangis darah pun tak berguna . Sayangilah mereka #foryoupage #generaljoe
Doakan urusan kami dipermudahkan…Sayang Umi
Bukan kali pertama, sebenarnya dahulu Haikal juga pernah viral kerana disangka membuat video TikTok dengan teman wanitanya. Rupanya, wajah si ibu yang sangat awet muda persis anak dara membuatkan ramai tersalah anggap pertalian sebenar mereka berdua.
@_gneraljoe Replying to @Maizatul Shafiqah
@_gneraljoe Replying to @matabolat doakan semoga urusan kami dpermudahkan . Sayang umi
Mesti dia layan isteri dia baik sebagaimana dia hargai ibunya
Meraih lebih sejuta tontonan, ramai netizen sebak melihat cara layanan anak sulung itu kepada ibunya. Hinggakan, ada yang sudah membayangkan betapa baiknya Haikal sekiranya bergelar suami satu hari nanti.
Melihat betapa indahnya ikatan 2 beranak ini, netizen juga teringat kepada keluhuran hati cahaya mata mereka sendiri yang sentiasa menemani dalam waktu-waktu getir.
Sekali lagi, ada juga yang awalnya menyangka Umi sebagai isteri Haikal. Padahal, mereka adalah anak dan ibu.
Kredit : TikTok Haikal Joe
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura