Dapat Gelaran ‘Men Of The Year’, PU Azman Tinggal Komen Lucu Buat Lee Dong Wook

Bagi semua peminat atau ‘kaki drama’ dari Korea Selatan (K-drama) pastinya familiar dengan seorang pelakon lelaki terkenal ini. Setelah terlibat dalam industri hiburan selama lebih dua dekad, tak dinafikan reputasi Lee Dong Wook pada tahun ini adalah sangat memberangsangkan. Dia juga kembali mencuri perhatian ramai menerusi watak psiko dalam siri popular ‘Strangers from Hell‘ selepas sekian lama membawa watak baik sahaja.

BACA: PU Azman Ulas Hukum Suami Minum Susu Isteri – “Tapi Jangan Salah Faham Ye..”

Diiktiraf ‘Men of the Year 2019

Advertisement

Susulan banyak kejayaan cemerlang yang dicatatkan oleh aktor berwajah kacak ini, majalah GQ Korea telah menamakan dirinya sebagai ‘Men of the Year’ bagi edisi tahun 2019. Selain Dong Wook, antara selebriti lain yang turut mendapat penghargaan sama adalah penyanyi Song Mino (WINNER), Oh Hyuk dan juga Minhyun (NU’EST). Ini juga adalah gelaran yang disandang oleh pelakon lelaki berusia 38 tahun tersebut selama 2 tahun berturut-turut.

Advertisement

Penampilan rambut panjang & Mickey Mouse curi perhatian

Menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram rasmi majalah tersebut, dia telah terlibat dalam satu photoshoot khas dengan tema ‘Mickey Mouse’ bagi edisi bulan Disember majalah tersebut. Lebih menarik lagi, Lee Dong Wook menjadi perhatian ramai peminat apabila menstailkan rambut yang lebih panjang sehingga melebihi paras bahu. Ujarnya, pendekatan tersebut diambil bagi menampilkan imej yang jarang dilihat oleh orang ramai sebelum ini.

Advertisement

Nak jadi tikus ke Wook?

Dalam pada itu, PU Azman turut tidak ketinggalan untuk memberikan komen dalam nada berseloroh di ruangan komen posting Instagram yang dimuat naik oleh Lee Dong Wook seperti kebiasaannya. Perkara itu sekali gus turut membuatkan ramai netizen Malaysia terhibur dengan gelagatnya yang memerli penampilan bertemakan kartun ikonik dunia tersebut.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG gq_korea & leedongwook_official

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?