Sama ada berasa simpati atau sebaliknya, kisah penangkapan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman akibat terlibat dengan jenayah barang terlarang cukup menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun dalam prosiding sebutan semula yang berlaku hari ini, rupa terbaru Yasin telah mengejutkan peminat.
BACA : Tahanan Layan Piala Dunia Di Sebalik Tirai Besi, Penjaga Penjara Halakan Laptop
Hari tu saya masuk penjara, 66kg…Lepas tu turun 54, 52, sampai sekarang 48kg
Mana tidaknya, wajah penyanyi lagu ‘Mimpi Laila’ ini kelihatan sangat cengkung selain kulitnya agak pucat sedikit. Berbeza dengan detik-detik awal kemasukan ke penjara, saat itu berat badannya masih melebihi lingkungan 60kg.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Di penjara, makanan melimpah-ruah…Banduan yang badan besar pun ramai
Menafikan dakwaan pihak penjara tidak memberinya makan, Yasin berkata sebenarnya dia sedang mengalami masalah tiroid. Oleh itu, penyusutan berat badan memang merupakan satu kesan sampingan yang dialaminya. Namun dia bersyukur kerana penjaga penjara dan rakan banduan di sana masih melayaninya dengan baik.

Setiap bulan ada pemeriksaan…Saya sihat…Saya happy
Walaupun baru sahaja tamat menjalani sesi prosiding yang serius, artis ini masih tenang memberikan penjelasan secara santai dalam keadaan tersenyum. Rupanya sudah 5 bulan dia mengalami masalah kesihatan tersebut. Tetapi rasa syukur dizahirkan sekali lagi kerana dengan bantuan pihak penjara, dia menerima rawatan secara berkala yang secukupnya.
@utusantvofficial Bukan kurus sikit, kurus banyak. 📽️ Auzaee Athallah. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #yasin #tiriod
Kredit : TikTok Utusan TV & Portal Harian Metro
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura