Hiburan Viral

Dapat Penalti Kalau Jatuh, Acara Larian Sambil Dukung Isteri Jadi Tarikan Ramai

Dapat Penalti Kalau Jatuh, Acara Larian Sambil Dukung Isteri Jadi Tarikan Ramai

Sharing is caring!

Umum mengetahui, meluangkan masa bersama-sama adalah sesuatu yang boleh mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Namun begitu, aktiviti seperti menonton wayang dan makan malam di luar bersama-sama sudah menjadi sesuatu yang terlalu biasa untuk dilakukan. Di England, masyarakat di sana mempunyai cara mereka yang tersendiri bagi mengeratkan lagi hubungan di antara suami dan juga isteri.

BACA: [FOTO] Sertai Larian 104km, Atuk Berusia 77 Tahun Menjadi Inspirasi Ramai


Lari sambil dukung isteri 

Merujuk kepada portal Daily Mail, sebuah acara larian tradisi yang dikenali sebagai ‘Wife-Carrying Contest’ atau ‘Pertandingan Mendukung Isteri’ ini mula diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2008. Walaupun telah dianjurkan sejak 12 tahun yang lalu, ia masih lagi menjadi tarikan orang ramai. Ternyata tradisi yang sudah berusia lebih 300 tahun ini sungguh unik di mana suami isteri harus bekerjasama jika mahu memenangi pertandingan tersebut.

Dapat Penalti Kalau Jatuh, Acara Larian Sambil Dukung Isteri Jadi Tarikan Ramai

Berat isteri mesti 50kg & ke atas

Pertandingan ini mudah sahaja di mana si suami hanya perlu mendukung isteri masing-masing dan melalui setiap rintangan yang telah disediakan sepanjang larian tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang harus ditepati iaitu berat si isteri haruslah 50 kilogram dan ke atas serta hanya cara-cara dukung tertentu sahaja dibenarkan. Antaranya adalah dukung pengantin, dukung belakang, dukung bahu, dukung bomba dan yang paling popular adalah Estonian Hold (isteri tergantung dibelakang suami dengan kaki berpaut pada bahu).


Dapat Penalti Kalau Jatuh, Acara Larian Sambil Dukung Isteri Jadi Tarikan Ramai

Dapat penalti kalau isteri jatuh

Jika para suami gagal membawa atau menjatuhkan si isteri ketika larian itu, mereka akan dikenakan penalti. Para peserta yang berjaya menghabiskan larian ini bersama isteri paling berat akan diberikan satu paun sosej. Manakala suami isteri yang memenangi pertandingan ini pula akan membawa pulang satu tong minuman bernilai £150.

Dapat Penalti Kalau Jatuh, Acara Larian Sambil Dukung Isteri Jadi Tarikan Ramai

Sumber: Daily Mail & Facebook ERA Malaysia


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dapat Penalti Kalau Jatuh, Acara Larian Sambil Dukung Isteri Jadi Tarikan Ramai

Sharing is caring!